Monday, November 14, 2016

BERSALIN MUDAH DAN TENANG (RAYSHA INSYIRAH BIRTH STORY)


Alhamdulillah,
Bila tau diri mengandungkan zuriat yang bakal menjadi khalifah seterusnya dimuka bumi, gembiranya rasa. Tak terkata,bercampur baur perasaan tu, macam tak percaya pun ada sebab Allah pilih diri ni untuk menggalas satu tanggungjawab, memikul amanah sebagai seorang ibu selepas 3 bulan berkahwin.

3 bulan kenal,menjadi tunang orang. Selepas 3 bulan tunang, menjadi isteri orang. Selepas 3 bulan menjadi isteri, Allah pilih lagi sekali untuk bertukar status untuk menjadi seorang ibu.

Segala puji bagi Allah yang memberikannya sewaktu diri sendiri hampir bersedia.

Najah ni tergolong dalam golongan yang takut nak mengandung sebab takut sakit masa bersalin. Perasaan risau tu datang juga selepas tu, berselang seli dengan perasaan gembira. Alhamdulillah dapat suami yang memahami, dan rajin buat research....akhirnya timbul lah idea:

" Nak bersalin dalam air tak? (waterbirth), kawan abang ade yang try waterbirth, nanti syg cuba baca blog dia sebab abg tengok dia happy je bersalin"

Alhamdulillah dari situ kenal apa itu waterbirth dan hypnobirth.
2 BENDA ni tak sama tau. waterbirth tu bersalin dalam air dan hypnobith tu kaedah bersalin dengan mudah dan tenang, insyaAllah.

Najah dan suami rancang memang nak keduanya sekali, tapi masa 3rd trimester tu dapat tahu yang doktor tak boleh handle sebab ade operation, jadi pilihan yang ada masa tu hanyalah hypnobirth.

its ok, ada la hikmahnya tu kan. Allah nak didik diri ni jadi orang lebih tabah dan berani agaknya....

Hypnobirth, najah belajar dan pergi kelas yang dianjurkan oleh womb2room. Rezeki dapat kenal dengan Puan Ayuni dan Doktor lli,  dan timba bermacam-macam ilmu dari segi pemakanan, urutan, teknik mengawal emosi, tips-tips memudahkan proses bersalin, posisi bersalin dan menyusukan bayi.

...............................................

JIKA PUKUL 3.OO pm NI TAK ADA TANDA / JALAN TAK BUKA LAGI, KAMI AKAN INDUCE AWAK YE

19/2/2016

Najah tak dapat cerita penuh, cuma najah nak share tips yang Najah amalkan masa keadaan genting tu.

Bila najah dengar yang najah kena induce kalau jalan tak buka lagi, memang perasaan cemas takut semua bercampur. Siap nangis kot....tssskkkkkk.

Masa tu tengok jam dah nak masuk pukul 1 petang, cuak jugak sebab ada 2jam lebih je ni dan bila check up baru 4cm....

Alhamdulillah dalam keadaan cemas tu suami sangat memainkan peranan. Bagi nasihat, ingatkan tips hypnobirth yang dah belajar dulu, siap call cikgu lagi nak bagi najah semangat semula.

Tips ni najah amalkan tiap kali surge (contraction) tu datang.
apa yang Najah buat?
Senyum lebar sampai nampak gigi dan tenang.

p/s: sampai mak dengan suami ingat najah tengah happy, sebab sengih je memanjang. Rupanya najah tengah layan surge tu, yang datang dah selang tak sampai 5 minit..Allah

If ada suami, peluk suami dan senyum/sengih sampai nampak full gigi. Layan surge tu dengan tenang, jangan stress tau.

Dengan izin Allah, masa masuk labour room pukul 3p.m tu nurse dan suami teruja bila dah nampak kepala baby, tak kena induce pun. yay!!!

Akhirnya dapat bersalin dengan mudah dan tenang.

NO epidural
NO gas
NO gunting

InsyaAllah, Ilmu Allah ni luas. Rasa ralat bila tak berkongsi benda yang baik-baik ni
Mana tau dapat bantu sedikit sebanyak bakal ibu baru nanti.

Selain tu, najah juga amalkan tips ni masa mengandung, dan mula kerap melakukannya pada minggu 32 dan keatas

  • Perineal Massage. Team hypnobirth ada ajar, atau boleh google je, insyaAllah ada video.
  • 7biji kapsul minyak zaitun setiap hari.
  • 7biji buah kurma setiap hari.
  • Golek dkt gym ball. ada cara dia. nanti najah cerita dekat next post insyaAllah. Tapi klu google pun ada.
  • Sentiasa berkomunikasi dengan baby, cakap yang baik baik dan positif. Sebenarnya bukan kita sorang, tapi baby kita pun kena berusaha semasa proses bersalin tu, so jd team yang hebat & sentiasa bagi sokongan! :)
  • Tengok video kelahiran yang tenang dan mudah.
  • Tambah ilmu melalui buku- Buku mudahnya bersalin- ringkas,padat dengan ilmu.
  • Sentiasa bayangkan kelahiran yang mudah dan tenang.
  • & last, sebagai orang islam, banyakkan doa, minta maaf dengan semua orang, banyakkan zikir.


Bersalin ni satu proses yang indah & kita perlu nikmatinya dengan tenang

Amazing! Subhanallah, bila kita dapat kawal diri sendiri dan lihat keajaibannya.

 Tambah Ilmu

gym ball

RAYSHA INSYIRAH MUHAMMAD FAZRY







LOVE,
Najahshakila






Saturday, October 1, 2016

DOA "WAJIB" BACA SETIAP HARI

Iman kita memang boleh turun naik.

Jadi, dalam setiap solat jangan lupa untuk baca doa yang nabi ajar ni

" Ya Allah, tuhan yang Maha membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamamu"



love
Najahshakila


Imam Hasan Al-Basri
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"