Thursday, February 22, 2018

Tips bersalin tenang, bukaan cepat, kurang rasa sakit dan tanpa koyakkan.

Ingtakan 4-5cm, rupanya dah nampak kepala baby😇
.
Khadeeja Mikayla Birth Story (edd 10 Dis)
.
6Disember
.
6.45am-Lepas subuh tu terus pergi dapur sebab nak sediakan bahan mentah untuk masakkan lauk bekal suami, baru nak potong bawang tu dapat rasa surge strong sikit berbanding sebelum sebelum ni. Bagitau suami dan dia tanya nak pergi hospital tak, tapi najah nak monitor dulu 1/2 jam tengok macam mana. Lepas sejam tengok surge tak konsisten, kejap 3minit,kejap 7 minit so suruh husband pergi je kerja dulu, pape nanti kita call je hihi.
.
8.00am-jarak surge makin jauh, ade 17minit sampai 30minit. Dalam hati cakap ni surge memain ke, awatlah makin jauh, patutnya lagi cepat. Tapi surge tu memang rasa lain, tak macam sebelum ni so najah rasa maybe besok lusa la kot baru baby nak keluar🤣. Sementara dah ada surge ni, nak minum rasberry leaf tea dh habis semalam, jd banyakkan makan kurma, telan minyak zaitun dan Allumera untuk tenaga sambil main gym ball, exercise, turun naik tangga dan buat extra rakaat solat dhuha. Titiskan eo lavender, so calm skit bila surge datang.
.
1.00pm- Dah ambil wudhuk sesiap, sambil pakai telekung tu dapat rasa surge yang extra strong, terus whatsap husband bagitau "abg, boleh tahan juga surge yang dtg ni", & sekali lagi husb tanya "nak abg balik tak?", tapi surge tak konsisten, jarak lepas tu 30minit so ckp dkt husb nanti dululah, tunggu surge konsisten cantik baru husb balik😅. Disebabkn husb risau, minta tolong adik ikmal standby siap siap, tp mommy relaks je buat sway, bounced dkt ball sambil siapkan beg hospital. Lepas solat zohor + solat hajat + solat taubat agar Allah mudahkan urusan, ampunkan dosa, beri rasa nikmat bersalin normal lagi dan laluinya dengan mudah tenang.
.
3.00pm- Surge masih tak konsisten dari 7minit-30minit tapi dalam hati ada rasa nak get ready. Bila beg dah siap tengok jam dah pkl 3, nak ambil wudhuk utk solat asar siap siap sebab nanti pape jadi senang dah solat dulu. Masuk toilet ingt nak ambil wudhuk je bertukar mandi hot shower terus, rasa lega sikit + surge mula jd lebih kuat. Tukar baju kemeja terus sambil sambung sway dkt ball dan praktis pernafasan yang lebih baik, bila surge datang boleh kawal dan tak lupa buka mulut besar besar (macam sengih tu) utk bagi bukaan serviks pun cepat.
.
3.17pm- Surge dah mula dekat, 5-7minit tapi masih belum konsisten, hati berbelah bagi nak pergi hospital ke tidak dan rasa-rasa maybe malam ni kot bersalin😅. Masa sway dkt ball tu terdetik dalam hati nak bangun berdiri, nak berpaut pada kerusi sambil buat hips sway dan bila berdiri je terus rasa baju dan seluar basah, omg air ketuban dah keluar banyak! (seminggu sebelum dah keluar sikit sikit, dr cakap kalau tak sakit dan warna jernih tak perlu risau & boleh bertahan sampai seminggu).
Terus whatsap dan bagitau husb, minta kebenaran nak pergi hospital dulu dengan adik so nanti jumpa dekat sana, masa ni pegang fon pun dah menggigil sebab dan rasa nak "meneran" campur nervous takut terberanak dekat rumah atau dalam kereta, doa jelah banyak banyak ya Allah🤣.
.
3.45pm-Nasib baik hospital memang dekat sangat, maybe dalam 5-7minit dah sampai dan kakak raysha pun sangat baik❤️. Sampai hospital tu bagitaulah yang air ketuban dh keluar banyak & rasa meneran dah ada, dyeorng check pendaftaran dan inform dr dan nak tolak najah naik wheelchair pi labour room tapi najah taknak sbb rasa tak selesa, nak jalan kaki je gi labour room tu sambil berhenti berhenti sekejap bila surge tu datang😂😂😂.
.
Sampai labour room memang kena ceramah la dengan nurse kenapa tak naik wheelchair, haha. Sampai labour room nurse terus check dan nak buat ctg tp lepas tu tengok nurse tu macam kelam kabut panggil nurse lain dan prepare barang. Bila nurse dah dekat tu saja lah tanya dia dah berapa cm sebab tengok dyeoeng macam semacam je, nurse cakap " ni tangan saya dah rasa kepala baby, adik klu rasa nak meneran, teran je tau" . Nurse lagi sorang tanyalah nak tukarkan baju hospital tak, nurse tu cakap takpayahlah dah tak sempat. ya Allah😄
.
Buat birth breathing sambil tnggu dr sampai, lepas 4x surge alhamdulillah selamat melahirkan seorang puteri pukul 4.08minit, masa ni asar tak masuk lagi so lega tak berhutang. Dr bg peluk baby untuk skin to skin dan df baby, sambil tu usap lembut kulit dia nak bagi serap vernix warna putih tu dan placenta pun keluar . Lepas tu nurse nak ambil baby untuk bersihkan dan pergi nursery, husband pun sampai 😭terus minta husb azan & iqamatkan baby❤️ keluar labour room jumpa kakak raysha insyirah yang setia menunggu😘
......
Najah pergi kelas hypnobirth masa anak sulung je, tapi ilmunya sangat berguna sampai sekarang, alhamdulillah. Lepas 38w tu najah minum rasberry leaf tea utk natural inducer dan setiap hari memang exercise dngn birth ball tu, turun naik tangga, senaman kagel untuk kuatkan otot bersalin so tak mudah koyak (elak digunting), buat extra solat sunat, semua tu bantu proses bersalin lebih mudah dan senang termasuk buka rahang besar besar masa surge datang( macam sengih lebar) bantu proses bersalin tu cepat, bukaan cepat, titiskan eo lavender dkt sapu tangan ke dan bila surge dtg boleh hidu eo tu so rasa tenang sikit.
.
Tak lupa, kerap buat solat taubat dan solat hajat, yup kita dah ada ilmu nak bersalin mudah dan senang, tapi semuanya atas izin Allah, doa agar dapar bersalin normal, dapat rasa nikmat bersalin, kalau Allah izinkan semuanya berjalan dengan mudah dan senang. Alhamdulillah.


 Khadeeja Mikayla beberapa jam selepas lahir, berat 2.69kg beza dengan kakak dulu 3.3kg, agaknya sebab mommy lebih jaga makan kalini dan minum Allumera.


Khadeeja Mikayla selepas sebulan, berat 4kg kiranya naik 1kilo lebih sebab cukup susu ke terlebih susu ni?hihi alhamdulillah, segala puji bagi Allah .


Tips kurangkan rasa sakit bersalin ( surge/contraction).

.
1) Buat surge breathing, tarik nafas sedalam yang boleh agar kita rasa tenang dan enjoy rasa ombak tu❤️. Boleh google ada je minah saleh buat video. Cuba praktis pada minggu minggu terakhir supaya kita terbiasa dan tak kekok, termasuk J breathing.
.
2) Jangan kejungkan badan, try longgarkan / relaxkan badan bila surge datang, sangat membantu tau, rupanya badan kita boleh handle tanpa ubat tahan sakit😘
.
3)Titiskan essential oil Lavender pada nadi atau sapu tangan, hidu bau eo
bila surge datang, memang best sangat, macam tenggelam dekat satu alam yang penuh ketenangan😻
.
4.Jangan lupa senyum lebar, sengih setiap kali surge datang, ianya membantu bukaan lebih cepat . Dalam kelas hypnobirth memang akan diterangkan apa kaitan 2 perkara ni dan alhamdulillah sangat membantu najah dalam kedua dua kelahiran, proses sangat cepat sampai doktor pun tak sangka. Sebab tu ada beberapa kes mommy sakit dah lama, tapi bukaan sama atau takde perubahan, antara sebabnya badan tak beri kerjasama yang baik.
.
.
Ilmu ni najah belajar masa pergi kelas hypnobirth, ilmu dari segi pemakanan, emosi, dan yang paling penting semasa kelahiran, sangat berguna dan best . Bagi yang nak rasa natural birth dengan ilmu, rasai nikmat bersalin dan ketahui kekuatan badan kita yg Allah beri memang najah sangat cadangkan pergilah kelas, dengan ilmu ni masa berpantang pun badan lebih sihat, baby calm insyaallah ❤️





kkk❤️

Saturday, March 25, 2017

Testimoni Najah bersama Allumera

Assalamualaikum

Najah nak share pengalaman najah consume Allumera ni sejak bulan 8 2016. Sebelum tu kulit memang agak problem sebab mybe najah alah hormon mengandung agaknya, jadi jerawat agak banyak keluar dan najah jenis kulit yang sensetif.

Mula-mula saja la try sampel tu, ambil gambar sebelum dan bandingkan dengan gambar selepas, alhamdulillah tak percaya nampak perubahan.

Kenapa tak percaya ?
Sebab najah memang susah nak nampak kesan bila makan makanan supplemen etc, dulu masa remaja memang rajin juga makan suplement tapi kesan tu macam tak nampak. sob sob..

Gambar atas mestilah sebelum kan, heee
alhamdulillah hasil selepas minum Allumera selepas 3 hari

InsyaAllah nanti najah share full testimoni najah.

Wednesday, February 8, 2017

SUPPLEMENT ALLUMERA








ALLUMERA by MENDVELLE

Allumera merupakan signature supplement daripada MENDVELLE yang baru ada dalam pasaran Malaysia awal tahun 2017.

Apa yang menariknya tentang ALLUMERA ni?
Alhamdulillah, Allumera ni melalui proses penyelidikan yang terperinci dan kesannya?
ianya mampu Merangsang pengeluaran kolagen dari dalam badan kita sendiri tanpa menggunakan kolagen dari luar.

MENDVELLE juga sangat percaya, bahawa kesihatan yang baik akan melahirkan kulit yang cantik. Oleh itu, di dalam Allumera juga mengandungi buah detoks semulajadi, ianya bukan sahaja mampu mengeluarkan toksin, malah membawa keluar bahan kimia yang merbahaya didalam badan kita.

Pengguna Allumera yang pernah terguna produk yang merbahaya sebelum ni alhamdulillah dapat kembali pulih semula.



Bak kata Doktor, nak kulit cun kena baiki usus!

dan untuk penggemar delima, madu dan kurma, Allumera juga mengandungi ketiga-tiga bahan tersebut, dan menjadikan badan lebih sihat dan cergas.

Najah pun sebelum ni ada masalah sakit-sakit badan sampi kena solat duduk, sakit sangat dekat peha dan lutut macam tak boleh dilipat!, tergerak hati lah malam tu nak minum Allumera dan Subhanallah pagi besoknya sakit dah banyak kurang dan boleh solat seperti biasa, Alhamdulillah :)



InsyaAllah untuk pertanyaan produk, info dan lain-lain boleh hubungi najah 017 7150076 untuk pembelian dan pertanyaan.

nanti najah share lagi kebaikkan Allumera by MENDVELLE ni ye.

Monday, November 14, 2016

BERSALIN MUDAH DAN TENANG (HYPNOBITH)


Alhamdulillah,
Bila tau diri mengandungkan zuriat yang bakal menjadi khalifah seterusnya dimuka bumi, gembiranya rasa. Tak terkata,bercampur baur perasaan tu, macam tak percaya pun ada sebab Allah pilih diri ni untuk menggalas satu tanggungjawab, memikul amanah sebagai seorang ibu selepas 3 bulan berkahwin.

3 bulan kenal,menjadi tunang orang. Selepas 3 bulan tunang, menjadi isteri orang. Selepas 3 bulan menjadi isteri, Allah pilih lagi sekali untuk bertukar status untuk menjadi seorang ibu.

Segala puji bagi Allah yang memberikannya sewaktu diri sendiri hampir bersedia.

Najah ni tergolong dalam golongan yang takut nak mengandung sebab takut sakit masa bersalin. Perasaan risau tu datang juga selepas tu, berselang seli dengan perasaan gembira. Alhamdulillah dapat suami yang memahami, dan rajin buat research....akhirnya timbul lah idea:

" Nak bersalin dalam air tak? (waterbirth), kawan abang ade yang try waterbirth, nanti syg cuba baca blog dia sebab abg tengok dia happy je bersalin"

Alhamdulillah dari situ kenal apa itu waterbirth dan hypnobirth.
2 BENDA ni tak sama tau. waterbirth tu bersalin dalam air dan hypnobith tu kaedah bersalin dengan mudah dan tenang, insyaAllah.

Najah dan suami rancang memang nak keduanya sekali, tapi masa 3rd trimester tu dapat tahu yang doktor tak boleh handle sebab ade operation, jadi pilihan yang ada masa tu hanyalah hypnobirth.

its ok, ada la hikmahnya tu kan. Allah nak didik diri ni jadi orang lebih tabah dan berani agaknya....

Hypnobirth, najah belajar dan pergi kelas yang dianjurkan oleh womb2room. Rezeki dapat kenal dengan Puan Ayuni dan Doktor lli,  dan timba bermacam-macam ilmu dari segi pemakanan, urutan, teknik mengawal emosi, tips-tips memudahkan proses bersalin, posisi bersalin dan menyusukan bayi.

...............................................

JIKA PUKUL 3.OO pm NI TAK ADA TANDA / JALAN TAK BUKA LAGI, KAMI AKAN INDUCE AWAK YE

19/2/2016

Najah tak dapat cerita penuh, cuma najah nak share tips yang Najah amalkan masa keadaan genting tu.

Bila najah dengar yang najah kena induce kalau jalan tak buka lagi, memang perasaan cemas takut semua bercampur. Siap nangis kot....tssskkkkkk.

Masa tu tengok jam dah nak masuk pukul 1 petang, cuak jugak sebab ada 2jam lebih je ni dan bila check up baru 4cm....

Alhamdulillah dalam keadaan cemas tu suami sangat memainkan peranan. Bagi nasihat, ingatkan tips hypnobirth yang dah belajar dulu, siap call cikgu lagi nak bagi najah semangat semula.

Tips ni najah amalkan tiap kali surge (contraction) tu datang.
apa yang Najah buat?
Senyum lebar sampai nampak gigi dan tenang.

p/s: sampai mak dengan suami ingat najah tengah happy, sebab sengih je memanjang. Rupanya najah tengah layan surge tu, yang datang dah selang tak sampai 5 minit..Allah

If ada suami, peluk suami dan senyum/sengih sampai nampak full gigi. Layan surge tu dengan tenang, jangan stress tau.

Dengan izin Allah, masa masuk labour room pukul 3p.m tu nurse dan suami teruja bila dah nampak kepala baby, tak kena induce pun. yay!!!

Akhirnya dapat bersalin dengan mudah dan tenang.

NO epidural
NO gas
NO gunting

InsyaAllah, Ilmu Allah ni luas. Rasa ralat bila tak berkongsi benda yang baik-baik ni
Mana tau dapat bantu sedikit sebanyak bakal ibu baru nanti.

Selain tu, najah juga amalkan tips ni masa mengandung, dan mula kerap melakukannya pada minggu 32 dan keatas

  • Perineal Massage. Team hypnobirth ada ajar, atau boleh google je, insyaAllah ada video.
  • 7biji kapsul minyak zaitun setiap hari.
  • 7biji buah kurma setiap hari.
  • Golek dkt gym ball. ada cara dia. nanti najah cerita dekat next post insyaAllah. Tapi klu google pun ada.
  • Sentiasa berkomunikasi dengan baby, cakap yang baik baik dan positif. Sebenarnya bukan kita sorang, tapi baby kita pun kena berusaha semasa proses bersalin tu, so jd team yang hebat & sentiasa bagi sokongan! :)
  • Tengok video kelahiran yang tenang dan mudah.
  • Tambah ilmu melalui buku- Buku mudahnya bersalin- ringkas,padat dengan ilmu.
  • Sentiasa bayangkan kelahiran yang mudah dan tenang.
  • & last, sebagai orang islam, banyakkan doa, minta maaf dengan semua orang, banyakkan zikir.


Bersalin ni satu proses yang indah & kita perlu nikmatinya dengan tenang

Amazing! Subhanallah, bila kita dapat kawal diri sendiri dan lihat keajaibannya.

 Tambah Ilmu

gym ball

RAYSHA INSYIRAH MUHAMMAD FAZRY







LOVE,
Najahshakila






Saturday, October 1, 2016

DOA "WAJIB" BACA SETIAP HARI

Iman kita memang boleh turun naik.

Jadi, dalam setiap solat jangan lupa untuk baca doa yang nabi ajar ni

" Ya Allah, tuhan yang Maha membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamamu"



love
Najahshakila


Imam Hasan Al-Basri
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"