Thursday, June 4, 2020

Ilmu Bersalin mudah dan tenang.


Assalamualaikum dan hai semua. Post kalini nak share link post terdahulu yang berkaitan bersalin mudah dan tenang, mudah nak cari dan baca semula:

Happy birth story:

Anak pertama, Raysha Insyirah
Anak kedua, Khadeeja Mikayla
Anak ketiga, Eileen Sofya


Tips bersalin mudah dan tenang:

Tenang ketika contraction buatkan ianya kurang sakit/enjoy
Cetuskan kelahiran dengan bukaan (cm) Natural way to induce labour

Semoga bermanfaat,
Najah shakila.



Tuesday, May 26, 2020

HORMON OKSITOSIN BANTU CETUS BUKAAN JALAN BERSALIN DENGAN LEBIH MUDAH


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Post kalini nak berkongsi tentang induce- cara semulajadi dan kaitannya dengan rasa gembira. Kenapa ada yg dh berusaha buat mcm-mcm tapi takde progress dan ada yg perasan sakit contraction boleh datang dan tiba-tiba hilang.

Bila kita bercakap tentang induce labour dengan cara/kaedah yang lebih semulajadi, mungkin ramai dari kita (ibu-ibu) boleh listkan banyak cara/kaedah kan.

Kalau kita google sekalipun, kita akan temui banyak sangat cara dari segi pemakanan dan juga senaman atau aktiviti pergerakan fitrah seperti banyakkan berjalan, mencangkung (jalan itik/squat) tp ada satu perkara yang kita terlepas pandang iaitu hormon oksitosin.

Kita boleh buat apa sahaja yg kita suka dan selesa tapi pastikan dalam keadaan gembira dan elakkan stress, sebenarnya ini yang paling penting.

Dalam kelas hypnobirth yang najah sertai sekitar tahun 2015 memang masih ingat macam mana perasaan takut tu diganti perlahan-lahan dengan perasaan suka, teruja untuk lalui proses kelahiran kerana ianya sangat membantu diri sendiri lebih relax dan dikenalkan dengan beberapa jenis hormon yang terlibat, apa fungsi hormon ni dalam badan dan peranannya ketika proses bersalin nanti. Memang rasa "wow" sangat, hebatnya badan kita ni Allah cipta memang boleh lalui proses bersalin dengan tenang dan mudah.


HORMON SEMULAJADI OKSITOSIN

Oksitosin juga dikenali sebagai hormon cinta/sayang dan dalam proses kelahiran ianya berfungsi untuk membuatkan rahim kita berombak (contraction) dan bermulanya fasa kelahiran. Sebab tu penting ibu-ibu yang sedang menunggu hari untuk elakkan stress yang melampau, usaha wujudkan suasana gembira untuk sambut kedatangan bayi.

Nasihat najah, ibu-ibu yang berusaha utk induce baby dngn cara lebih semulajadi samada berjalan, squat, turun naik tangga dan apa saja sekalipun, buatlah dengan rasa gembira, try senyum untuk rasa lebih tenang, banyakkan dengar dan tengok video kelahiran yang gembira(happy birth story) dan banyakkan berdoa yg baik-baik.





Kalini najah nak share tentang kelahiran dr ibu gdm yang kena bersalin pada tarikh due di HSAJB.


SERAH DIRI DAN BELUM ADA TANDA
Sebelum tarikh serah diri memang selalu adanya conversation antara kami berdua cuma pd haritu najah highlightkan beberapa tips yang penting dan paling utama iaitu happy dan jangan stress.







Hari isnin, sehari sebelum tarikh due date. Malam sebelum bersalin masih sempat berbalas dm.


GRAVITI, HAPPY SANGAT MEMBANTU BABY "KELUAR"
Pagi selasa tu teringat juga mcm mana agaknya, ada progress atau tidak, nak msg takut kacau mood/ kawan dkt sana tu stress, jd kita doakan yg terbaik. Sebab najah pun klu org asyik tanya mcm mana, ada rasa sakit tak etc pun boleh stress, lol


Nampak kan, mommy ni usaha sehabis baik, good job mommy .


 Alhamdulillah, another happy birth story.

Tugas kita mencari ilmu, dalam hadith nabi pun ada mention siapa nak kan dunia hendaklah dia berilmu, siapa nak kan akhirat hendakla dia berilmu. Dengan ilmu kita beramal- usaha sehabis baik dan serahkan semua pada-Nya.

Moga perkongsian kalini pun dpt membantu juga para ibu diluar sana yg sedang menunggu hari.

Love,
Najah Shakila.




Tuesday, May 19, 2020

Resepi potato fritters kegemaran anak-anak.


Selain kentang goreng homemade, anak-anak juga menyukai potato fritters ni sebab ianya nipis dan garing. Resepi pun mudah je cuma kentang tu kena sagat la utk dptkan tekstur macam tu.


Selepas 2 biji kentang sederhana besar disagat, campurkan bersama sebiji telur, sedikit garam dan tepung 3sudu. Tepung boleh guna tepung gandum atau tepun ferubi untuk gluten free.


Gaul kesemua bahan dan gooreng nipis agar lebih garing. Penggunaan minyak sangat sedikit, mcm kita nak grill ayam- satu sudu minyak dah mencukupi/ sekadar sapu minyak pd kuali.

Tunggu sejuk sikit dan anak-anak pun makan dengan gembira, alhamdulillah.

Senang je kan? boleh la try untuk sarapan atau menu minum petang. :)

Thursday, May 14, 2020

Breastfeeding Journey.


Alhamdulillah harini dh masuk hari ke 24 berpantang. Najah berpantang kalini pun masih guna produk dr nona roguy, amalan sejak anak kedua so memang rasa cergas dan cepat sihat.

Berpantang ni 10 hari bertama la yg agak mencabar bagi najah sebab baru nak sesuaikan diri dengan baby, pengurusan masa berterabur sikit, lagi-lagi bila masuk bab penyusuan.

Bila dah lama tak menyusukan anak ni, ianya macam first chapter semula dari segi sakit rengat (rahim mengecut tiap kali menyusu), sakit sebab luka lagi, najah lupa ambil  vitamin e utk kulit lembap so bercinta* betul rasa nak menyusu tu sambil terpejam-pejam mata  menahan sakit.

Alhamdulillah bila masuk minggu kedua dah boleh menyusu bak juara dan bersenang lenang gitu tanpa rasa sakit langsung.


PENYUSUAN BERMULA DARI PROSES BERSALIN


DR TAN EE PING - MALAYSIAN PARENTING FORUM

Malaysian Parenting Forum

Sesi kedua forum ni dimulai dengan bab kehamilan dan kelahiran oleh Dr Tan Ee Ping. Dr Tan ni best sangat, najah pernah jumpa beliau dua kali masa first pregnancy sebab nak waterbirth & gentle birth tapi takde rezeki masa tu,  cuma kelahiran first alhamdulillah dpt juga bersalin mudah dan tenang sbb nurse dkt Hospital Pantai Cheras memang ada ilmu gentle birth, siap bantu najah masa nak kneeling utk proses bersalin tu.

Dr Tan ada bgtau la untuk mak-mak yg nak menyusukan anak untuk elakkan ambil sebarang ubat penahan sakit, kerana mak-mak yang tak ambil ubat penahan sakit tu bantu baby mereka lebih mudah untuk menyusu sejurus selepas proses melahirkan. Ikut pengalaman najah yang memang tak ambil ubat penahan sakit, baby "segar" lepas proses bersalin dan boleh latch dengan baik.


AMBIL TAHU KEBAIKKAN SUSU IBU

Ketika seminar Malaysian Parenting Forum 2019, Dr suryakhtun memang sangat menitik beratkan susu ibu kepada bayi. Beliau siap menyenaraikan pelbagai kebaikkan susu ibu dan menceritakan banyak proses kimia yg terlibat ketika susu cecair diubah menjadi serbuk .

Susu ibu yang hidup
1) Berjuta sel hidup
2) Asid amino
3) lebih 40 enzim.
4) Oligosacchride lebih 200 jenis.
5) Vitamin dan zat galian.
6) Hormon
7) Growth Factor.
8) Long chain fatty acids.
9) Micro RNA.
10) Microbiota lactobacilus.

Dan menurut Dr Suryakhtun, anak yang dah berusia 2 tahun tidak perlu lagi akan susu formula berbotol-botol, antara penyebab mereka kurang selera makan. Anak yang dah berusia 2 tahun ibu boleh fokus kepada makanan seimbang dan beri sahaja susu fresh milk.

Perbandingan susu ibu dan susu formula yg dinyatakan dr:
1) Susu formula tiada enzim dan selhidup.
2) Susu ibu berubah ikut keperluan bayi- susu formula tidak.
3) Susu ibu ada pro dan prebiotik yang kebanykkan susu formula tiada.
4) Susu ibu mudah hadam manakala susu formula menimbulkan masalah penghadaman bagi sesetngah bayi.
5) Kos tinggi, lagi menyerupi susu badan maka lagi tinggi kosnya.

Bila kita tahu banyakkan kebaikkan yg Allah beri pada susu ibu yang fresh lagilah semulajadi ni, mesti kita berusaha sehabis baik nak pastikan anak dpt susu badan sepenuhnya. Jaga kualiti susu dengan jaga pemakanan dan emosi kita sendiri, insyaAllah baby dpt susu ibu yang terbaik.


TAMBAH ILMU PENYUSUAN

Bila semangat nak susukan baby membuak-buak tapi bayi banyak meragam, susu pun tak meriah dan kita mula mencari dimana silapnya. Antara kesilapan najah masa anak first & sebelum ada ilmu:

1) Ignore bengkak susu - menyebabkan production susu berkurang.
2) Ignore luka, biarkan tanpa marmet etc - menyebabkan production susu berkurang.
3) Asyik beli milkbooster bertukar tukar jenama.
4) Mood mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Bila ibu stress susu yang keluar pun tak meriah, jadi ibu kena bertenang selalu lebih-lebih lagi ketika menyusu dan pam susu.
5) Dah beli ebook penyusuan, tapi sayangnya najah fokus kepada makanan yg boleh tambah susu sahaja- abaikan jadual pam penyusuan yg akhirnya buatkan berat badan najah yang bertambah selepas habis pantang, haha.
(yela bab makan kan senang dan mudah, masa ni tak faham lg faktor supply- demanding etc)

Susu nak drop sangat cepat, tapi nak naikkan semula memang makan masa. Selain jaga makan, lepas habis berpantang anak first tu najah start banyakkan pam, bila pergi kelas penyusuan pun najah terus buat jadual pam 5kali sehari dan alhamdulillah sangat membantu. Mula-mula dapat 2.5oz, lepas tu naik jd 3oz, 5oz, 7oz utk setiap sesi. Jadual pam susu 5 kali sehari tu boleh letakkan 5 masa contoh pkl 6pg, 9pg, 12tgh hari, 3 ptg, 6ptg dan sebelum tidur.


PENYUSUAN LEBIH MUDAH BILA ADA ILMU

Penyusuan anak sulung yang agak mencabar sebab kurangnya ilmu penyusuan menyebabkan masa berpantang sangat penat, mengganggu emosi malah berat bayi naik kurang cantik tapi syukur berjaya juga fully bf anak tana campur susu formula sampaila dia setahun lebih.

Berpatang anak kedua dan ketiga ni alhamdulillah dapat rehat banyak, malam pun baby tidur lena dan berat badan naik cantik.
 Najah guna pam Autumnz Serene, pam yang sama bertahan dr anak sulung samai anak ketiga. Pernah tukar tube dia sekali je dalam seringgit dua mcm tula lebih kurang harga sebab terkoyak kecil- maybe sebab berus yg digunakan sedikit kasar.

 Lepas 2 minggu bersalin- 1 sesi pd waktu pagi dh boleh dapat 8oz lebih. Awal-awal lepas bersalin memang susu tak terus mencurah-curah, masa tu klu pam pun dt 2oz sebab kuantiti susu kita ikut keerluan bayi. erut bayi masa lahir pun kecil dan hari pertama tu yang penting adalah kolestrum dr susu ibu.

Waktu berpantang ni najah pam sekali je utk elakkan over supply, itupun sebab bangun pagi dan rasa sakit hampir bengkak- baby masih lena tidur jd najah pun cepat-cepat pam untuk elakkan bengkak semakin teruk.

Anak ke 3 pula najah hanya pam beberapa hari terawal untuk memudahkan husband bawa anak pergi klinik dan najah tak ikut. Selepas itu hanya direct bf sbb dah tak masuk ofis macam dulu dan untuk elakkan over supply, yang penting jaga makan iaitu makanan yang berkhasiat elakkan makan minum yg boleh buat susu drop dan selalu menyusukan baby, insyaAllah boleh bf sampai umur anak 2 tahun.


PEMAKANAN DAN PENYUSUAN

Antara makanan yang ibu boleh elak dan kurangkan agar proses menyusu berjalan lancar:

  • Makanan terlampau pedas.
  • Fast food.
  • Minuman bergas.
  • Minuman berkafein
Makanan yang menggalakkan susu sangat banyak, termasuk makanan harian kita seperti nasi dengan lauk ikan, seafood, sayuran, cheese, buah pisang, bijirin, oat kurma dan banyak lagi. Bila susu drop najah akan semak balik, rata-rata sebab najah ambil kafein sebelum tu sebab penggemar coffee (najah buat coffee guna madu dan susu fresh milk) atau najah kurang makan. Bila pam susu tp yang keluar tak meriah, rupanya memang masa pam susu tu kita fikir macam-macam dan agak stress, so ubah balik dengan tenangkan fikiran.


POSISI MENYUSU YANG BETUL

Sebelum pergi kelas penyusuan, asalkan anak menyusu dah ok tanpa betulkan badan baby mengikut posisi yang betul- kurang cakna mungkin.

Sebelum kelas dimulai, coach suruh kami berdiri tegak dan pusingkan kepala ketepi sambil telan air. Coach tanya apa yg kita rasa dan jawapannya "perit", tryla dekat rumah nanti. Macam tulah keadaan baby kita menyusu bila kita tak endah posisi badan dia, sian baby menyusu dengan rasa perit. Nasib baik ilmu tu najah tau dari anak pertama.

Apa pun jenis teknik penyusuan, pastikan posisi bayi betul iaitu selari. Bila menyusu sambil baring najah selalu letakkan bantal dibelakang badannya agar ianya kekal mengiring dan tidak terlentang semula.



ANAK MENOLAK UNTUK DIRECT FEED(DF)

Kisah ni berlaku masa anak pertama, masa tu najah masih bekerja di Radiance signature dan bawa baby pergi office dan ada pengasuh yang menjaga sementara najah buat kerja dan meeting. Sebelum berlakunya situasi yang anak taknak menyusu secara df ni, najah perasan yang pengasuh beberapa kali beritahu najah yang aliran susu agak laju. Pelik juga sebab beli puting susu memang untuk newborn, beberapa kali sesi membeli puting susu baru baru najah sedar kesilapan sebenar berlaku bila najah guna berus untuk membasuh puting botol- cousin sarankan pakai jenis span yang tak tajam untuk mengelakkan lubang puting menjadi besar.

Pagi hari kejadian tu berjalan seperti biasa sampailah waktu petang, habisnya office hour dan nak menyusukannya sebelum balik dr office tp tiba-tiba dia enggan df tp tak menolak bila diberikan susu dlm botol. Ianya berlanjutan sehingga seminggu dan dalam tempoh seminggu tu memang sangat mencabar, najah ada beli ebook, coach penyusuan tanya samada najah ada bertukar krim mandi, minyak wangi etc tp jawapannya "tidak" semuanya masih sama.

So seminggu tu memang kerja kita mengepam saja sebab raysha hanya nak guna botol susu. Selepas beberapa kali ikhtiar dengan sesi "skin to skin" alhamdulillah raysha nak balik menyusu dengan mommy. Syukurnya Tuhan saja yg tahu.



PENYUSUAN DI BULAN RAMADHAN

Bagi ibu-ibu yang sihat dan nak berpuasa, penting sangat bersahur dan ambil makanan berat contoh nasi yang berlauk untuk kekalkan stamina dan dapat menyusukan anak sampai waktu berbuka.

Selain itu, banyakkan minum air masak sepanjang waktu berbuka dan bersahur dan mesti ambil kurma minima 3 biji. Pernah cuba berbuka dengan makanan ala kadar tapi hasilnya memang akan mengganggu penyusuan, jadi yg terbaik najah akan ambil nasi berlauk utk waktu berbuka dan bersahur.

Alhamdulillah bila buat jadual pemakanan mcm tu, Najah pun ada extra tenaga utk melayan kakak-kakak buat aktiviti outdoor sekejap disiang hari Ramadhan.


Moga dengan sedikit perkongsian ni dapat membantu ibu-ibu menyusukan anak sehingga sempurna usia mereka 2 tahun. InsyaAllah













Monday, January 6, 2020

EILEEN SOFYA's BIRTH STORY


Alhamdulillah, harini dh hari ke13 berpantang. Rasa merdeka sebab sakit menyusu dh berkurang banyak. Biasalah hari-hari awal, baby belajar nak menyusu, rahim nak mengecut kembali ke asal tp syukur sngt pantang kalini rasa lebih segar.

..........

Kelahiran kalini berbeza sikit dengan kelahiran kedua, hampir sama dengan kelahiran anak sulung- contraction datang dan hilang, banyak kali juga plan nak ke hospital tapi cancel sebab contraction tiba tiba hilang lepas tu- haha

kelahiran anak kedua contraction ringan mula rasa dr pagi pkl 7pagi- najah selamat bersalin pukul 4 petang tanpa suami sempat balik sebabnya pkl 1 petang tu contraction ada hilang sekejap dlm 1/2 jam so najah ingat ni maybe false contraction, sebab tu kali ke 3 ni dlm doa najah selitkan sekali Allah izinkan suami ada dalam labor room agar dia bertambah kagum dengan kehebatan Allah melalui proses bersalin tu- 2nd pregnancy doa agar bersalin tu mudah je, hehe.

10 Disember 2019 (selasa)
Harini ada checkup dengan Dr Rohani dr Colombia Asia, Najah bawa siap-siap birth plan 4 salinan utk diberi pada dr. Perjumpaan sebelum ni dr dh bersetuju dengan birth plan najah, cuma masa tu takde bawa salinan lebihan. Masa jumpa dr Najah bgtau yg mucus plug dh keluar hari ahad dan isnin secara berperingkat dan ada mild contraction juga, Najah plan nak pergi hospital isnin pagi tu kalau contraction makin kuat tp sayangnya menjelang subuh hilang..hehe

So dr tanya nak buat ve tak, najah ok je nak tau juga apa perkembangan kan. Hasil ve rupanya dh ada bukaan 3cm, dr pun kata kepala baby dh dekat station maksudnya dh dekat bawah, ada kes yg jenis bukaan dh besar dan kepala baby masih jauh dkt atas- proses bersalin tu jd lebih sukar. Syukur asbab aktif berjalan melayan dua lg anak tu sngt membantu (bantuan graviti) dan juga kadang-kadang ada la gelek dkt gym ball. Ikut rasa dr maybe lagi 2-3 hari bersalin tapi....2-3 hari tu tak sakit langsung, takde contraction. Husband pun cakap mommy takyah stress stress, yela mommy tak stress cuma kesian kat husb dh banyak kali pecut balik sebelum ni, ingat mommy nak bersalin dh, jap lg sampai rumah je rasa contraction makin jauh dan hilang- kelakar betul la bila ingat semula.


Birth plan yang najah submit dekat Dr Rohani. Beruntung yang duduk area selangor/kl, sana banyak dr yg mesra gentle birth, boleh terima kita nak bersalin posisi melutut ke berdiri ke etc yg mesra graviti- lebih natural dan takde tear.


19 Disember 2019 (Khamis)
Pagi tu saje jela usap perut sambil cakap dengan baby "baby keluar harini nak?"
Dan haritu berjalan seperti biasa, mommy ajak kakak insyirah dan deeja main dekat luar hamir 1jam lebih-2 jam, dekat rumah sambung play lagi lepas tu tidokan anak-anak, takde rasa sakit langsung macam biasa sampai tengah haritu.

Masa teman anak-anak main, mommy boleh habiskan baca almathurat + light exercise.

Sambung main gam gunting dkt rumah. Mommy tengah hari baru nak masak, anak anak dh kepenatan lepas tu tertido. Masa dyeorng bangun, baru mommy suapkan makan. Setel makan dan masa duk mengemas tu tiba-tiba dah start rasa mild & strong contraction sampai whatsap tanya husband balik lambat atau tak sebab nak standby pergi hospital.

Lepas najah bagitau rasa sakit tu, husband terus call tanya nak dia balek tak- Najah terus la jawab boleh juga. Risau balik lambat nanti jem, sebab kita dh rasa sakit tu lain macam, dengan dua org budak bertuah lagi.


Hospital 
Beg hospital semua memang dh dalam kereta, jadi bila husband balik tu tunggu dia siap sekejap baru gerak ke hospital. Rasa contraction tu macam berkurang tau, mommy dalam hati "janganla memain.." haha. Tapi ikut prev najah punya contraction memang mcm tu, rasa dia boleh kuat-lepas tu jd sederhana balik- tup-tup bersalin je nanti.

Berjalan masuk hospital pun macam takde tanda org nak bersalin, sebab gap contraction tu mcm jauh je, tapi takpela kita jumpa je nurse dulu tengok perkembangan macam mana cuma rasanya takdela bersalin malam ni, maybe besok kot.

Bila dh selesai pendaftaran semua, jumpa nurse dulu dkt bahagian emergency sbb dh lepas office hour kan, buat ctg semua dan buat ve rupanya dh 5 cm. Nurse bgtau dr Rohani nak jumpa dulu dkt labor room, najah tengok jam dh dekat pkl 8 dan bagitau nurse nak solat dulu, so kita solat dkt labor room je dulu sementara suami dengan anak-anak menunggu dkt bawah( tunggu next result lepas jumpa dr).


Selesaikan solat isyak sekali, sebelum ni masa dkt rumah lg selalu doa biarlah bersalin lepas selesai solat, risau berhutang bab solat ni. Bila dh solat rasa lega sangat , terus semangat nak  bersalin dengan tenang gitu. Habis solat dan sementara tunggu dr, Najah buatla squat dkt tepi katil - urutan perineum (buat dkt toilet). Rupanya malam tu je dr sambut 7 baby (najah tanya waktu pagi masa nak discharge) patutla tngk dr sibuk lain mcm malam tu, siap ada 1 kes czer.


Jumpa Dr. Rohani
Dr. Rohani tengok hasil ctg yg najah dh buat dkt ruang emergency sebelum ni dan buat ve, tanya dr dh berapa cm sebab masa ni boleh relax lagi macam tak sakit pula, dr bgtau dh 6cm nak masuk 7cm. 

Tapi...
Dr bagitau yg degupan jantung baby agak tinggi- cecah 160 (normal 120-150). Dr kata dia faham yg Najah kalau boleh nak semuanya natural, taknak ada gangguan lain tp dr sedikit risau cuma benda tu takdela bahaya sampai kena czer-  dr nak pecahkan sikit air ketuban nak tengok samada air jernih atau hijau (hijau takut baby dah berak dalam tu).

Alhamdulillah air ketuban jernih dan dr kata nak drip air. masa ni najah ingat masuk air biasa tu je macam masa muntah muntah dulu rupanya ada ubat induce sekali( najah tau pun masa dh masuk bilik labor room 5), mungkin dr ada bgtau ke najah tak ingat cuma frust sikit dekat situ la- its ok semuanya utk mommy dan baby sihat selamat.

Masa dr ckp nak pecahkan air ketuban tu, terus call husband minta hantarkan anak-anak dkt rumah abah, rupanya abah dh otw dtg nak ambil budak-budak ni- sebab bila dr nak pecahkan air ketuban tu tiba-tiba nervous dan perlukan teman waktu-waktu mcm ni.

Lepas nurse dh siapkan drip air semua, nurse tolak katil najah masuk dalam bilik labor room 5 dan buat ctg. Masa ni tunggu husband masuk sekitar pukul 10 malam juga sambil dengar alunan zikir yg najah on dkt youtube thru fon je. 
Masa ni tengah takde contraction bolehla snap gambar- bila contraction dtg tu fokus ambil sapu tngn yg dh ada bau lavender- tarik nafas dalam-dalam, alhamdulillah lega sangat.

Kejap lg ada sorang nurse ni masuk dan ckp "sy tinggikan sikit ye ubatnya"... la rupanya najah baru tau yg air tu bukan air shj tp dh dicampur ubat induce, terus la lagi cuak, haha. First time kena induce ni, lagila .....terus serah semuanya pd Allah, istighfar semoga Allah mudahkan semuanya- nervous!



So first time kena induce ni rasa dia memang lain macam, masa Khadeejah Mikayla dulu 1-10 cm dkt rumah sngt tenang dan boleh kawal diri sorang-sorang. Bila induce ni contraction tu rasanya bukan double, mcm triple pun ada- sampai najah pegang tangan suami kuat-kuat lagi lagi masa 7cm-10 cm.

Antara tips nak cepatkan bukaan contraction ketika fasa aktif ni ialah dimkan lampu- jangan terlalu terang, yang penting mommy jangan stress- bg badan tu longgar- jangan kakukan badan bila contraction dtg.


Dari 7cm ke 10 cm dalam masa yang singkat (1-2 minit)

Subhanallah, sebenarnya 7-10 cm la waktu yang tak keruan kan, lagi-lagi kesan induce ni rasanya mcm 2-3 kali ganda,  alhamdulillah berjaya juga harungi tanpa  ambil mana-mana ubat penahan sakit tp memang Ya Allah kena kuat sangat mental tu. Lepas buat ctg najah berdiri sebelah katil, lagi selesa nak melayan rasa contraction tu dan minta husband urut dkt sacrum (atas punggul kita) - tekan-tekan dkt kawasan sacrum tu memang rasa lega sikit.

Masa nurse masuk, Najah bagitaula yg saya ni macam dh ada rasa-rasa nak meneran so nurse suruh baring & bgtau kepala baby dah dekat sangat ni cuma bukaan masih 7 cm. (ya Allah rasa frust kejap) terus ingat yang najah lupa nak sengih masa contraction tu dtg (Maha suci Allah yg bantu ingatkan najah).

So next contraction mmg najah buka mulut- sengih nampak gigi. Alhamdulillah rasanya dalam seminit dua je mmg betul betul rasa nak meneran tu dh lagi kuat, husband panggil nurse dan masing-masing terus buat preparation dan panggil dr Rohani sebab sebelum tu najah sempat tanya nurse dh berapa bukaan- nurse kata dah FULL, alhamdulillah leganya rasa. Kalini push dlm sekali dua baby dh keluar- rasa perit sikit masa baby nak keluar rupanya baby kurang vernix caseosa (yg warna putih melekit mcm cheese).

Kesan induce ni lepas bersalin pun rasa nak bersalin lagi, so agak lemah la lepas bersalin haritu, tak secergas sebelum ni boleh rancak berbual etc. Masa skin to skin baby, breast crawl memang hormon oxytocin tinggi terus pop! placenta pun keluar- double lega mommy proses bersalin dah habis.

Dr potongkan tali pusat( najah req utk lambatkan sikit potong tali pusat), husband azankan baby dan seterusnya proses pemindahan dr labor room ke dalam wad.

Kalini pun Alhamdulillah intact perineum, tanpa episiotomy.


 12.40 malam nurse dtg hantar baby sbb najah nak fully bf.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Eileen Sofya Muhammad Fazry, 2.62kg, 19 Disember 2019, 11:04 minit malam.


20 Disember 2019

Mommy tak sabar nak tunggu husband, kakak raysha & khadeeja datang, teruja nak tengok reaksi anak-anak. Alhamdulillah kakak-kakak memang sngt teruja jumpa baby yg selama ni duk usap dr luar je, pagi tu baby pun dh buang air kecil & air besar, so masa dr dtg jumpa dekat wad memang terus confirmkan najah boleh keluar dah tengah hari tu.





Gentle birth ni tempoh nya sekejap, mudah insyaAllah. Nak membesarkan anak-anak ni part sangat mencabar dan Najah pun akan sentiasa  top up ilmu parenting . Berpantang kalini pun lebih segar sbb dah ada ilmu menyusu, dah ada ilmu berpantang Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah, Moga perkongsian kalini dapat membantu ibu-ibu dapat kelahiran yang mudan dan tenang juga, insyaAllah...










Imam Hasan Al-Basri
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"