Saturday, December 14, 2019

TIPS TENANG & ENJOY BILA BERLAKU CONTRACTION.

"Mak tengok akak senyum je, ingatkan tengah happy ke rupanya tengah melayan rasa contraction"
"aah, itulah" sambung encik suami

padahal Najah tengah alami contraction yg strong juga masa tu, sengih dan lebarkan mulut tu nak bagi badan relax, tak stress supaya bukaan cepat. Alhamdulillah 2jam lebih melayan contraction yg sederhana dan strong sebelum masuk labor room, nurse check bukaan rupanya dah nampak kepala baby. Alhamdulillah.

Hypnobirthing/ gentle birth ni takla bermakna Najah ni langsung tak rasa sakit. Sakit tu kita rasa tapi najah enjoy dengan rasa tu, otak kita tak fokus pada rasa sakit menyebabkan kita mampu bertenang insyaAllah.




Najah pergi kelas hypnobirth pada tahun 2015, sebelum lahirnya anak pertama dan investment yg sangat berbaloi sebab ilmu tersebut najah boleh apply sampai 2019 ni untuk anak ketiga. Nak lebih faham dan clear memang bagus pergi kelas, tapi ni najah share sedikit untuk rujukan najah  dan moga dapat berkongsi dengan ibu ibu yang sedang menunggu hari :

1.  Hilangkan Rasa Takut.

Najah pun tak terlepas dengan rasa takut, sebab tahun 2015 tu jarang dengar birth story yang best, semuanya yang ngeri, trauma. Bila najah join kelas, ilmu tentang kelahiran fitrah, mengetahui pergerakkan rahim etc buat kita rasa "wow" dan dah hilang terus rasa takut nak bersalin tu.

Selain tu, ada juga group " The Gentle Birthing Group Malaysia" (sesiapa boleh join- search je dekat fb) dalam tu memang banyak birth story yang best-best - kebanyakkannya takde koyakkan, enjoy rasa contraction siap boleh sarapan berborak sebelum push baby...alhamdulillah. Happy birth story ni bantu diri sendiri rasa tak sabar nak alami proses tu, kita pun membayangkan yang indah-indah untuk kelahiran sendiri- sentiasa doa agar Allah mudahkan proses bersalin tu nanti.


2. Relax & Breathing.

Fasa takut nak bersalin dah hilang, tiba masa nak hadapi rasa contraction tu pula. Bila contraction berlaku, try jangan ketatkan badan- relax agar badan kita lebih longgar. Badan yang menguncup* takut menyebabkan rasa contraction tu jadi lebih sakit.

Nak bagi senang faham, masa contraction tu datang kita ambil nafas panjang (deep breathing) bawa  udara tu ke bahagian perut- bayangkan perut kita ternaik dan hembus perlahan-lahan. Sangat berbeza rasanya bila bernafas pendek-pendek  dengan pernafasan ni- rasa ada space untuk rahim berombak...

Bila dh rasa nak meneran tu, tukar kepada J breathing pula dan bayangkan baby keluar smooth, mudah, insyaAllah.


3. Essential Oil (lavender).

Setiap kali berlakunya contraction , najah akan kawal breathing dan ambil sapu tangan yang dah dititiskan lavender essential oil untuk dihidu- rasa tenangnya Ya Allah....terus tak terfikir / fokus sangat dekat rasa sakit tu.

 kalau takde sapu tangan, boleh je titiskan dekat pergelangan tangan dan hanya hidu bila contraction tu datang.




4. Keep Moving.

Baring dan duduk memang buatkan rasa contraction tu lagi la sakit, masa anak first memang sambil berdiri dan peluk suami setiap kali rasa tu dtg, masa anak kedua najah sensorang dekat rumah sambil sway hips dekat gym ball- masa intense tu najah berdiri je sambil sway hips. Bila dah sampai hospital pun berjalan ke lif nak ke labor room- nurse nk tolak pakai wheelchair mmg najah taknak sbb duduk tu akan buatkan rasa lagi kuat- sampai labor room nurse dah rasa kepala baby masa nak check bukaan- mommy dah masuk fasa push baby keluar, alhamdulillah.

Jika dekat rumah, boleh juga layan rasa contraction tu sambil mandi air suam dan mana yang rezeki suami pun ada juga masa layan rasa contraction tu bolehla minta tolong urutkan belakang badan atau peluk je suami tu tiap kali contraction datang- insyaAllah sangat membantu tau.

Birth crowning, which is when your baby's head starts to emerge bit by bit during each contraction, occurs during the second stage of labor. (A contraction is when the uterine muscle tightens and relaxes to help your baby pass from the uterus into the birth canal.)


Harini Najah dh masuk 39w, Allah bagi masa lagi untuk prepared betul betul mind & body. Moga semuanya diermudahkan untuk kelahiran anak ketiga ni, insyaAllah.








Imam Hasan Al-Basri
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"