Thursday, February 22, 2018

Khadeeja Mikayla birth story.Tips bersalin tenang, bukaan cepat, kurang rasa sakit dan tanpa koyakkan.

Ingtakan 4-5cm, rupanya dah nampak kepala baby😇
.
Khadeeja Mikayla Birth Story (edd 10 Dis)
.
6Disember
.
6.45am-Lepas subuh tu terus pergi dapur sebab nak sediakan bahan mentah untuk masakkan lauk bekal suami, baru nak potong bawang tu dapat rasa surge strong sikit berbanding sebelum sebelum ni. Bagitau suami dan dia tanya nak pergi hospital tak, tapi najah nak monitor dulu 1/2 jam tengok macam mana. Lepas sejam tengok surge tak konsisten, kejap 3minit,kejap 7 minit so suruh husband pergi je kerja dulu, pape nanti kita call je hihi.
.
8.00am-jarak surge makin jauh, ade 17minit sampai 30minit. Dalam hati cakap ni surge memain ke, awatlah makin jauh, patutnya lagi cepat. Tapi surge tu memang rasa lain, tak macam sebelum ni so najah rasa maybe besok lusa la kot baru baby nak keluar🤣. Sementara dah ada surge ni, nak minum rasberry leaf tea dh habis semalam, jd banyakkan makan kurma, telan minyak zaitun dan Allumera untuk tenaga sambil main gym ball, exercise, turun naik tangga dan buat extra rakaat solat dhuha. Titiskan eo lavender, so calm skit bila surge datang.
.
1.00pm- Dah ambil wudhuk sesiap, sambil pakai telekung tu dapat rasa surge yang extra strong, terus whatsap husband bagitau "abg, boleh tahan juga surge yang dtg ni", & sekali lagi husb tanya "nak abg balik tak?", tapi surge tak konsisten, jarak lepas tu 30minit so ckp dkt husb nanti dululah, tunggu surge konsisten cantik baru husb balik😅. Disebabkn husb risau, minta tolong adik ikmal standby siap siap, tp mommy relaks je buat sway, bounced dkt ball sambil siapkan beg hospital. Lepas solat zohor + solat hajat + solat taubat agar Allah mudahkan urusan, ampunkan dosa, beri rasa nikmat bersalin normal lagi dan laluinya dengan mudah tenang.
.
3.00pm- Surge masih tak konsisten dari 7minit-30minit tapi dalam hati ada rasa nak get ready. Bila beg dah siap tengok jam dah pkl 3, nak ambil wudhuk utk solat asar siap siap sebab nanti pape jadi senang dah solat dulu. Masuk toilet ingt nak ambil wudhuk je bertukar mandi hot shower terus, rasa lega sikit + surge mula jd lebih kuat. Tukar baju kemeja terus sambil sambung sway dkt ball dan praktis pernafasan yang lebih baik, bila surge datang boleh kawal dan tak lupa buka mulut besar besar (macam sengih tu) utk bagi bukaan serviks pun cepat.
.
3.17pm- Surge dah mula dekat, 5-7minit tapi masih belum konsisten, hati berbelah bagi nak pergi hospital ke tidak dan rasa-rasa maybe malam ni kot bersalin😅. Masa sway dkt ball tu terdetik dalam hati nak bangun berdiri, nak berpaut pada kerusi sambil buat hips sway dan bila berdiri je terus rasa baju dan seluar basah, omg air ketuban dah keluar banyak! (seminggu sebelum dah keluar sikit sikit, dr cakap kalau tak sakit dan warna jernih tak perlu risau & boleh bertahan sampai seminggu).
Terus whatsap dan bagitau husb, minta kebenaran nak pergi hospital dulu dengan adik so nanti jumpa dekat sana, masa ni pegang fon pun dah menggigil sebab dan rasa nak "meneran" campur nervous takut terberanak dekat rumah atau dalam kereta, doa jelah banyak banyak ya Allah🤣.
.
3.45pm-Nasib baik hospital memang dekat sangat, maybe dalam 5-7minit dah sampai dan kakak raysha pun sangat baik❤️. Sampai hospital tu bagitaulah yang air ketuban dh keluar banyak & rasa meneran dah ada, dyeorng check pendaftaran dan inform dr dan nak tolak najah naik wheelchair pi labour room tapi najah taknak sbb rasa tak selesa, nak jalan kaki je gi labour room tu sambil berhenti berhenti sekejap bila surge tu datang😂😂😂.
.
Sampai labour room memang kena ceramah la dengan nurse kenapa tak naik wheelchair, haha. Sampai labour room nurse terus check dan nak buat ctg tp lepas tu tengok nurse tu macam kelam kabut panggil nurse lain dan prepare barang. Bila nurse dah dekat tu saja lah tanya dia dah berapa cm sebab tengok dyeoeng macam semacam je, nurse cakap " ni tangan saya dah rasa kepala baby, adik klu rasa nak meneran, teran je tau" . Nurse lagi sorang tanyalah nak tukarkan baju hospital tak, nurse tu cakap takpayahlah dah tak sempat. ya Allah😄
.
Buat birth breathing sambil tnggu dr sampai, lepas 4x surge alhamdulillah selamat melahirkan seorang puteri pukul 4.08minit, masa ni asar tak masuk lagi so lega tak berhutang. Dr bg peluk baby untuk skin to skin dan df baby, sambil tu usap lembut kulit dia nak bagi serap vernix warna putih tu dan placenta pun keluar . Lepas tu nurse nak ambil baby untuk bersihkan dan pergi nursery, husband pun sampai ðŸ˜­terus minta husb azan & iqamatkan baby❤️ keluar labour room jumpa kakak raysha insyirah yang setia menunggu😘
......
Najah pergi kelas hypnobirth masa anak sulung je, tapi ilmunya sangat berguna sampai sekarang, alhamdulillah. Lepas 38w tu najah minum rasberry leaf tea utk natural inducer dan setiap hari memang exercise dngn birth ball tu, turun naik tangga, senaman kagel untuk kuatkan otot bersalin so tak mudah koyak (elak digunting), buat extra solat sunat, semua tu bantu proses bersalin lebih mudah dan senang termasuk buka rahang besar besar masa surge datang( macam sengih lebar) bantu proses bersalin tu cepat, bukaan cepat, titiskan eo lavender dkt sapu tangan ke dan bila surge dtg boleh hidu eo tu so rasa tenang sikit.
.
Tak lupa, kerap buat solat taubat dan solat hajat, yup kita dah ada ilmu nak bersalin mudah dan senang, tapi semuanya atas izin Allah, doa agar dapar bersalin normal, dapat rasa nikmat bersalin, kalau Allah izinkan semuanya berjalan dengan mudah dan senang. Alhamdulillah.


 Khadeeja Mikayla beberapa jam selepas lahir, berat 2.69kg beza dengan kakak dulu 3.3kg, agaknya sebab mommy lebih jaga makan kalini dan minum Allumera.


Khadeeja Mikayla selepas sebulan, berat 4kg kiranya naik 1kilo lebih sebab cukup susu ke terlebih susu ni?hihi alhamdulillah, segala puji bagi Allah .


Tips kurangkan rasa sakit bersalin ( surge/contraction).

.
1) Buat surge breathing, tarik nafas sedalam yang boleh agar kita rasa tenang dan enjoy rasa ombak tu❤️. Boleh google ada je minah saleh buat video. Cuba praktis pada minggu minggu terakhir supaya kita terbiasa dan tak kekok, termasuk J breathing.
.
2) Jangan kejungkan badan, try longgarkan / relaxkan badan bila surge datang, sangat membantu tau, rupanya badan kita boleh handle tanpa ubat tahan sakit😘
.
3)Titiskan essential oil Lavender pada nadi atau sapu tangan, hidu bau eo
bila surge datang, memang best sangat, macam tenggelam dekat satu alam yang penuh ketenangan😻
.
4.Jangan lupa senyum lebar, sengih setiap kali surge datang, ianya membantu bukaan lebih cepat . Dalam kelas hypnobirth memang akan diterangkan apa kaitan 2 perkara ni dan alhamdulillah sangat membantu najah dalam kedua dua kelahiran, proses sangat cepat sampai doktor pun tak sangka. Sebab tu ada beberapa kes mommy sakit dah lama, tapi bukaan sama atau takde perubahan, antara sebabnya badan tak beri kerjasama yang baik.
.
.
Ilmu ni najah belajar masa pergi kelas hypnobirth, ilmu dari segi pemakanan, emosi, dan yang paling penting semasa kelahiran, sangat berguna dan best . Bagi yang nak rasa natural birth dengan ilmu, rasai nikmat bersalin dan ketahui kekuatan badan kita yg Allah beri memang najah sangat cadangkan pergilah kelas, dengan ilmu ni masa berpantang pun badan lebih sihat, baby calm insyaallah ❤️





kkk❤️

2 comments:

-Terima Kasih-



Imam Hasan Al-Basri
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"