Sunday, July 29, 2018

TEMPAT MENARIK DI MELBOURNE AUSTRALIA.


Assalamualaikum, post  kalini najah nak share sikit tempat menarik untuk mereka yang bercadang dan sedang merancang nak bercuti ke Melbourne. Bagi mereka yang suka tengok keindahan alam ciptaan Allah mesti akan rasa kagum sangat sangat, terus rasa kerdilnya diri ni, Hebatnya Pencipta<3


HARI PERTAMA


Flight kiteorng dalam pukul 2 pagi macam tu, tengah malam jadi memang sedapla tidur, seat tengah memang kosong rezeki la kakak boleh tidur dengan selesa kan. Najah naik dekat singapore sebab guna Singapore airlines, masa tu tengah pregnant 7 bulan jadi ambil seat yang selesa sikit, nak duduk 7 jam ni oiii kang sakit pulak badan, hihi.


Sampai airport, husband beli siap-siap simkad Telstra Prepaid dalam 10 dollar macam tu, lepas tu kami tunggu org dtg pickup (busy beaver bus). Hari pertama kurang smooth sebab makan masa agak lama dekat tempat busy beaver bus tu jadi tentatif haritu pun dah caca merba sikit, lepas dah dapat kereta sewa tu kiteorng cari tempat boleh solat jama qasar zohor asar dulu sebab perjalanan ke port cambell memakan masa hampir 2 jam jugak nanti. First time la merasa menyelinap gitu masuk dalam bilik baby-mommy untuk solat.

Dekat Melbourne ni budak memang wajib pakai carseat kalau taknak kena saman. Nasib baik memang Raysha insyirah dah biasa, cuma kena bawa macam-macam benda nak bagi dia stay lama dalam car seat tu mcm permainan, makanan, dan video kesukaan hihi.



Nampak sheep berhenti jap tepi jalan tapi dalam gambar tak berapa clear, maybe sebab jauh kot hihi. Sampai hotel dh agak lewat, raysha insyirah memang tidur je sepanjang perjalanan 


Sebelum check in hotel dekat Motor Inn Port Cambell singgah Anglesia untuk menikmati pemandangan indah Ciptaan Allah, masa ni tak silap suhu 14c, angin dia sejuknya MashaAllah macam pipi tu kena tampar dengan air batu...haha




Sampai dekat Port Cambell dan lewat malam, kemas barang, masak makanan yang kiteorng bawa macam nasi lauk instant lepas tu tidur supaya bertenaga esok hari. 




HARI KEDUA

 Morning breakfast, makan roti dengan tuna & jem yang kami bawa dari Malaysia.

Tentatif untuk hari kedua ni memang GREAT OCEAN ROAD sahaja sebab tempat ni besar, tak silap najah dekat 100km. Ni najah belanja gambar sepanjang road yang kiteorng sempat singgah.

Masing-masing menahan kesejukan, angin dia sejuknya MashaAllah










Antara yang popular, THE TWELVE APOSTLES





Bentuk batu-batu yang ada memang sangat mengagumkan, hebatnya Ciptaan Allah. Kagum sangat!





Berhenti, park kereta dan jalan kaki untuk jumpa batu-batu cantik tu. Lepas tu drive lagi beberapa km untuk jumpa next...Masa ni solat tepi kereta je. Best juga, pengalaman kan..


Lunch agak lewat sikit sebab nak habiskan the ocean road, kiteorng makan dekat Iluka motel & restaurant. Lepas makan tu kita dah gerak ke bandar Melbourne, tido hotel sana samai last day.



HARI KETIGA

Hari ketiga ni ikut jadual yang husband dah buat, kiteorng akan pergi philip island, tngk fisherman bg makan dkt burung pelicans area san remo dan singgah kilang coklat dekat sana. Perjalanan dari bandar melbourne hampir 2jam juga so ni gambar aktiviti untuk hari ketiga.


 feed the pelican.


Lunch at San Remo Fisherman co-op.







Dekat philip island ni boleh tengok pinguin, tapi dyeorng lepaskan dalam pukul 7p.m mcm tu, lagipun rasha penakut sikit so kiteorng tak ambil sesi tu, jalan jalan tengok kecantikan alam Allah cipta je dkt sini.





Kilang coklat dekat philip island ni best, banyak game boleh main dan semestinya bila menang tu dapat coklat free yang sedap-sedap, hihi. Habis tour dekat kilang coklat ni kiteorang balek bandar, makan malam dan rehat untuk aktiviti besok.


HARI KEEMPAT


Hari keempat ni banyak juga tempat nak pergi, pagi tu lepas sarapan dekat hotel singgah Brighton beach yang popular dengan homestay warna warni tu. Masa najah pergi tu kosong je maybe masa musim panas baru meriah kot sebab musim berjemur kan. Masa ni ada orang jogging jela bawa pet hirup udara pagi tepi pantai.


Datang sini ambil gambar kenangan je, takde aktivit sangat.


NEXT, Puffing Billy Railway. Masa ni kita boleh pilih nak naik sampai stesyen berapa, macam najah ambil sampai stesyen terakhir so sementara tunggu train balik tu kiteorng minum air dekat cafe yang ada dan jejalan pusing tasik sambil cuci mata.



satu-satunya cafe yang ada, dekat sini minum coffee je 



Gambar sepanjang perjalanan.





Yang ni jalan-jalan dekat stesyen terakhir tu.


Kalau setakat nak rasa pengalaman, rasanya tak perlu sampai perhentian terakhir sebab ianya makan masa. Lepas tu nak pergi Arthur seat tapi tersesat sikit masa ni sebab keliru dengan jalan, makan masa dekat jalan akhirnya terlepas waktu operasi dah habis. So ambil gambar jela dah sampai kan, depan-depan memang cantik...

Dah sampai sini, cari tempat kangaroo bagi terisi lah sikit aktivit kan, hihi. Jalan-jalan nikmati kecantikan alam dekat sini sampai malam, beli kebab dan terus balik hotel.



Tempat ni berdekatan dengan Sea Winds, dekat dengan Arthur seat. Kalau langkah kanan, memang rezeki nampak kangaro berkeliaran bebas je. 



HARI KELIMA

Hari ke-5 dan ke-6 ni banyak habiskan tour dekat town je, untuk harini ade dekat 10km berjalan kaki + naik tram, walaupun masa ni mengandung 7 bulan rasa aktif je, alhamdulillah.

jalan-jalan nampak tempat cantik je terus ambil gambar, hihi.

Queen Victoria Market


 Buah, sayur segar segar dan gemuk gemuk, geram!








Melbourne Exhibition Centre




Melbourne Sea Life Aquarium




Shrine of Remembrance






Princess Bridge




otw balek tu singgah kedai makanan org indonesia dan order nasi ayam penyet. Lepas tu sambung berjalan kaki balik hotel, gigih betul yela kata travellll kan.



HARI KEENAM

Hari last ni sambung ronda bandar Melbourne, hihi.

mesti cuba donut ni, sedap sangat tau...orang yang beratur pun kemain panjang. Nasib baik berbaloi dengan rasa.


 Queen Victoria Garden





Carlton Gardens



Kiteorang naik yang free je, sebab dua hari je kan. Kalau yg berbayar kena ada kad semua. Bagus juga, aktif jalan kaki..ihihi

selfie sikittt dalam tram ni.

Tram dalam rupa dedulu, yang ni ada tapi tak banyak...

Turun tram, kejar tram dekat station lain. Otw tu beli coffee dngn roti dulu untuk alat perut..


Yang ni otw nak pergi tempat makan dan barang branded dyeorng, macam  Jpo kita lahhh. Tapi macam lupa ambil gambar je masa dekat sini. ni jela yang adaaa


Melbourne Lanes and Arcades Walking Tour

tempat wajib bergambar bila dah sampai Melbourne.

Masa ni ada fashion week so dekat jalan-jalan dia memang meriah, lua juga ambil gambar hihi. Ni je yang ada....

 Masa ni dah kepenatan juga, lepak je dekat town sambil tengok bandar Melbourne waktu malam. Lepas tu balik hotel kemas-kemas sebab besok flight pagiiiii.

LAST DAY

Hari terakhir ni takde aktiviti dah, cuma hantar kereta sewa dan naik van dyeorng hantarkan pi airport je. Sampai singapore terus ambil train balik Malaysia dekat pukul 8 malam juga. Ada rezeki kita pi tempat lain pula, tengok tempat orang ni yang paling best mestilah nak tengok ciptaan Allah yang hebat dan indah-indah, berkenal-kenal dengan org sana dan tambah ilmu.

 Flight pagi kakak pun tidur balik lepas mandikan tadi. Cantik-cantik tempat orang tetap selesa di negara sendiri kan.



Sementara menunggu, jumpa pula kawan siap dapat hadiah toy kapal terbang lagi..suka lah kakak!

Yang ni boleh req tau.

The End. gituuu



No comments:

Post a Comment

-Terima Kasih-



Imam Hasan Al-Basri
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"