Thursday, January 27, 2022

Malaysian Parenting Forum 2019


Assalamualaikum, post kalini najah nak share sedikit ilmu dari Malaysian Parenting Forum 2019, moga sedikit perkongsian ni dapat memberi manfaat untuk ibu bapa yg setiap hari berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka, insyaAllah.





DR HARLINA MOHD SIRAJ
Pembinaan keluarga


" The roots of family from love of parents"
Family -> building brick of society

Family = Kasih sayang, pendidikan, hiburan, saraan hidup.

Pembinaan keluarga, bagaimana caranya membina keluarga yang baik? 
Dengan mengambilkira faktor-faktor dibawah:
1) Keupayaan fizikal.
2) Sokongan sosial.
3) Kestabilan emosi.
4) Meluangkan Masa.
5) Kestabilan ekonomi.

Apakah ciri-ciri keluarga idaman?
1) Mencari masa dan mengisinya dengan perkara yg menggembirakan.
2) Beri komitmen.
3) Adanya komunikasi yang berkesan.
4) Menzahirkan kasih sayang dengan ucapan "terima kasih", serta ucaan sayang.


DR TAN EE PING
Kehamilan dan Kelahiran


   



9bulan ibu mengandung- ada kesannya pada baby.

Kencing manis:
Gula tinggi akan beri kesan pada baby, jadi baby lebih cenderung dapat kencing manis masa tua.
Ibu perlu jaga dan kawal makanan manis.

Obesiti.
Peluang bersalin normal kurang.
Anak juga akan mudah obes.

Metabolic syndrome:
Kenaikkan berat badan yg normal semasa mengandung sekitar 10-12kg sahaja dan  jika berat ibu sebelum mengandung tak obes.

Stress & emosi.
Ibu yang happy akan mudah bersalin.
Ibu stress akan menyebabkan:
  • Baby tak turun dan premature.
  • Jantung tak cantik.
  • .Air ketuban tak cukup.
  • Baby songsang.
  • Lambat cakap.
  • Bayi asyik menangis & fussy.
  • Masalah tingkah laku masa kanak-kanak dan remaja.
  • Anak ADHD.
Kelahiran normal-pangkal rahim senang buka.
Kelahiran czer juga disebabkan masalah pemakanan ibu, stress, pangkal rahim tak buka(disebabkan lemak atau stress),size baby vs size mak.


Dato Dr Suryatun Omar.
Penyusuan dan pemakanan bayi.





Susu ibu susu hidup:
  • Kolestrum (banyak antibody sebagai perlindungan untuk bayi).
  • Berjuta sel hidup.
  • Asid amino.
  • Enzim 40.
  • Oligosaccharide 200 jenis.( bukan untuk bayi tapi untuk kuman baik dlm perut terus membiak, sebagai makanan utk kuman baik)
  • Vitamin dan zat galian.
  • Hormon.
  • Growth factors.
  • Micro RNA. (bantu cepat baik dari penyakit).
  • Long chain fatty acid.
  • Microbiota lactobacilus(kuman).
Pemakanan dan kestabilan emosi sangat mempengarusi kualiti susu ibu. 

Memberi susu dan bonding:
  • Kena peluk bayi.
  • Jika guna botol, perlu tinggikan.
Weaning bila tiba masanya:
  • Biarkan anak makan sendiri.
  • Selepas 2 tahun, beri susu segar sahaja atau full cream powder milk 2 cawan sehari.

to be continued...














Thursday, June 4, 2020

Ilmu Bersalin mudah dan tenang.


Assalamualaikum dan hai semua. Post kalini nak share link post terdahulu yang berkaitan bersalin mudah dan tenang, mudah nak cari dan baca semula:

Happy birth story:

Anak pertama, Raysha Insyirah
Anak kedua, Khadeeja Mikayla
Anak ketiga, Eileen Sofya


Tips bersalin mudah dan tenang:

Tenang ketika contraction buatkan ianya kurang sakit/enjoy
Cetuskan kelahiran dengan bukaan (cm) Natural way to induce labour

Semoga bermanfaat,
Najah shakila.



Tuesday, May 26, 2020

HORMON OKSITOSIN BANTU CETUS BUKAAN JALAN BERSALIN DENGAN LEBIH MUDAH


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Post kalini nak berkongsi tentang induce- cara semulajadi dan kaitannya dengan rasa gembira. Kenapa ada yg dh berusaha buat mcm-mcm tapi takde progress dan ada yg perasan sakit contraction boleh datang dan tiba-tiba hilang.

Bila kita bercakap tentang induce labour dengan cara/kaedah yang lebih semulajadi, mungkin ramai dari kita (ibu-ibu) boleh listkan banyak cara/kaedah kan.

Kalau kita google sekalipun, kita akan temui banyak sangat cara dari segi pemakanan dan juga senaman atau aktiviti pergerakan fitrah seperti banyakkan berjalan, mencangkung (jalan itik/squat) tp ada satu perkara yang kita terlepas pandang iaitu hormon oksitosin.

Kita boleh buat apa sahaja yg kita suka dan selesa tapi pastikan dalam keadaan gembira dan elakkan stress, sebenarnya ini yang paling penting.

Dalam kelas hypnobirth yang najah sertai sekitar tahun 2015 memang masih ingat macam mana perasaan takut tu diganti perlahan-lahan dengan perasaan suka, teruja untuk lalui proses kelahiran kerana ianya sangat membantu diri sendiri lebih relax dan dikenalkan dengan beberapa jenis hormon yang terlibat, apa fungsi hormon ni dalam badan dan peranannya ketika proses bersalin nanti. Memang rasa "wow" sangat, hebatnya badan kita ni Allah cipta memang boleh lalui proses bersalin dengan tenang dan mudah.


HORMON SEMULAJADI OKSITOSIN

Oksitosin juga dikenali sebagai hormon cinta/sayang dan dalam proses kelahiran ianya berfungsi untuk membuatkan rahim kita berombak (contraction) dan bermulanya fasa kelahiran. Sebab tu penting ibu-ibu yang sedang menunggu hari untuk elakkan stress yang melampau, usaha wujudkan suasana gembira untuk sambut kedatangan bayi.

Nasihat najah, ibu-ibu yang berusaha utk induce baby dngn cara lebih semulajadi samada berjalan, squat, turun naik tangga dan apa saja sekalipun, buatlah dengan rasa gembira, try senyum untuk rasa lebih tenang, banyakkan dengar dan tengok video kelahiran yang gembira(happy birth story) dan banyakkan berdoa yg baik-baik.





Kalini najah nak share tentang kelahiran dr ibu gdm yang kena bersalin pada tarikh due di HSAJB.


SERAH DIRI DAN BELUM ADA TANDA
Sebelum tarikh serah diri memang selalu adanya conversation antara kami berdua cuma pd haritu najah highlightkan beberapa tips yang penting dan paling utama iaitu happy dan jangan stress.







Hari isnin, sehari sebelum tarikh due date. Malam sebelum bersalin masih sempat berbalas dm.


GRAVITI, HAPPY SANGAT MEMBANTU BABY "KELUAR"
Pagi selasa tu teringat juga mcm mana agaknya, ada progress atau tidak, nak msg takut kacau mood/ kawan dkt sana tu stress, jd kita doakan yg terbaik. Sebab najah pun klu org asyik tanya mcm mana, ada rasa sakit tak etc pun boleh stress, lol


Nampak kan, mommy ni usaha sehabis baik, good job mommy .


 Alhamdulillah, another happy birth story.

Tugas kita mencari ilmu, dalam hadith nabi pun ada mention siapa nak kan dunia hendaklah dia berilmu, siapa nak kan akhirat hendakla dia berilmu. Dengan ilmu kita beramal- usaha sehabis baik dan serahkan semua pada-Nya.

Moga perkongsian kalini pun dpt membantu juga para ibu diluar sana yg sedang menunggu hari.

Love,
Najah Shakila.




Tuesday, May 19, 2020

Resepi potato fritters kegemaran anak-anak.


Selain kentang goreng homemade, anak-anak juga menyukai potato fritters ni sebab ianya nipis dan garing. Resepi pun mudah je cuma kentang tu kena sagat la utk dptkan tekstur macam tu.


Selepas 2 biji kentang sederhana besar disagat, campurkan bersama sebiji telur, sedikit garam dan tepung 3sudu. Tepung boleh guna tepung gandum atau tepun ferubi untuk gluten free.


Gaul kesemua bahan dan gooreng nipis agar lebih garing. Penggunaan minyak sangat sedikit, mcm kita nak grill ayam- satu sudu minyak dah mencukupi/ sekadar sapu minyak pd kuali.

Tunggu sejuk sikit dan anak-anak pun makan dengan gembira, alhamdulillah.

Senang je kan? boleh la try untuk sarapan atau menu minum petang. :)

Thursday, May 14, 2020

Breastfeeding Journey.


Alhamdulillah harini dh masuk hari ke 24 berpantang. Najah berpantang kalini pun masih guna produk dr nona roguy, amalan sejak anak kedua so memang rasa cergas dan cepat sihat.

Berpantang ni 10 hari bertama la yg agak mencabar bagi najah sebab baru nak sesuaikan diri dengan baby, pengurusan masa berterabur sikit, lagi-lagi bila masuk bab penyusuan.

Bila dah lama tak menyusukan anak ni, ianya macam first chapter semula dari segi sakit rengat (rahim mengecut tiap kali menyusu), sakit sebab luka lagi, najah lupa ambil  vitamin e utk kulit lembap so bercinta* betul rasa nak menyusu tu sambil terpejam-pejam mata  menahan sakit.

Alhamdulillah bila masuk minggu kedua dah boleh menyusu bak juara dan bersenang lenang gitu tanpa rasa sakit langsung.


PENYUSUAN BERMULA DARI PROSES BERSALIN


DR TAN EE PING - MALAYSIAN PARENTING FORUM

Malaysian Parenting Forum

Sesi kedua forum ni dimulai dengan bab kehamilan dan kelahiran oleh Dr Tan Ee Ping. Dr Tan ni best sangat, najah pernah jumpa beliau dua kali masa first pregnancy sebab nak waterbirth & gentle birth tapi takde rezeki masa tu,  cuma kelahiran first alhamdulillah dpt juga bersalin mudah dan tenang sbb nurse dkt Hospital Pantai Cheras memang ada ilmu gentle birth, siap bantu najah masa nak kneeling utk proses bersalin tu.

Dr Tan ada bgtau la untuk mak-mak yg nak menyusukan anak untuk elakkan ambil sebarang ubat penahan sakit, kerana mak-mak yang tak ambil ubat penahan sakit tu bantu baby mereka lebih mudah untuk menyusu sejurus selepas proses melahirkan. Ikut pengalaman najah yang memang tak ambil ubat penahan sakit, baby "segar" lepas proses bersalin dan boleh latch dengan baik.


AMBIL TAHU KEBAIKKAN SUSU IBU

Ketika seminar Malaysian Parenting Forum 2019, Dr suryakhtun memang sangat menitik beratkan susu ibu kepada bayi. Beliau siap menyenaraikan pelbagai kebaikkan susu ibu dan menceritakan banyak proses kimia yg terlibat ketika susu cecair diubah menjadi serbuk .

Susu ibu yang hidup
1) Berjuta sel hidup
2) Asid amino
3) lebih 40 enzim.
4) Oligosacchride lebih 200 jenis.
5) Vitamin dan zat galian.
6) Hormon
7) Growth Factor.
8) Long chain fatty acids.
9) Micro RNA.
10) Microbiota lactobacilus.

Dan menurut Dr Suryakhtun, anak yang dah berusia 2 tahun tidak perlu lagi akan susu formula berbotol-botol, antara penyebab mereka kurang selera makan. Anak yang dah berusia 2 tahun ibu boleh fokus kepada makanan seimbang dan beri sahaja susu fresh milk.

Perbandingan susu ibu dan susu formula yg dinyatakan dr:
1) Susu formula tiada enzim dan selhidup.
2) Susu ibu berubah ikut keperluan bayi- susu formula tidak.
3) Susu ibu ada pro dan prebiotik yang kebanykkan susu formula tiada.
4) Susu ibu mudah hadam manakala susu formula menimbulkan masalah penghadaman bagi sesetngah bayi.
5) Kos tinggi, lagi menyerupi susu badan maka lagi tinggi kosnya.

Bila kita tahu banyakkan kebaikkan yg Allah beri pada susu ibu yang fresh lagilah semulajadi ni, mesti kita berusaha sehabis baik nak pastikan anak dpt susu badan sepenuhnya. Jaga kualiti susu dengan jaga pemakanan dan emosi kita sendiri, insyaAllah baby dpt susu ibu yang terbaik.


TAMBAH ILMU PENYUSUAN

Bila semangat nak susukan baby membuak-buak tapi bayi banyak meragam, susu pun tak meriah dan kita mula mencari dimana silapnya. Antara kesilapan najah masa anak first & sebelum ada ilmu:

1) Ignore bengkak susu - menyebabkan production susu berkurang.
2) Ignore luka, biarkan tanpa marmet etc - menyebabkan production susu berkurang.
3) Asyik beli milkbooster bertukar tukar jenama.
4) Mood mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Bila ibu stress susu yang keluar pun tak meriah, jadi ibu kena bertenang selalu lebih-lebih lagi ketika menyusu dan pam susu.
5) Dah beli ebook penyusuan, tapi sayangnya najah fokus kepada makanan yg boleh tambah susu sahaja- abaikan jadual pam penyusuan yg akhirnya buatkan berat badan najah yang bertambah selepas habis pantang, haha.
(yela bab makan kan senang dan mudah, masa ni tak faham lg faktor supply- demanding etc)

Susu nak drop sangat cepat, tapi nak naikkan semula memang makan masa. Selain jaga makan, lepas habis berpantang anak first tu najah start banyakkan pam, bila pergi kelas penyusuan pun najah terus buat jadual pam 5kali sehari dan alhamdulillah sangat membantu. Mula-mula dapat 2.5oz, lepas tu naik jd 3oz, 5oz, 7oz utk setiap sesi. Jadual pam susu 5 kali sehari tu boleh letakkan 5 masa contoh pkl 6pg, 9pg, 12tgh hari, 3 ptg, 6ptg dan sebelum tidur.


PENYUSUAN LEBIH MUDAH BILA ADA ILMU

Penyusuan anak sulung yang agak mencabar sebab kurangnya ilmu penyusuan menyebabkan masa berpantang sangat penat, mengganggu emosi malah berat bayi naik kurang cantik tapi syukur berjaya juga fully bf anak tana campur susu formula sampaila dia setahun lebih.

Berpatang anak kedua dan ketiga ni alhamdulillah dapat rehat banyak, malam pun baby tidur lena dan berat badan naik cantik.
 Najah guna pam Autumnz Serene, pam yang sama bertahan dr anak sulung samai anak ketiga. Pernah tukar tube dia sekali je dalam seringgit dua mcm tula lebih kurang harga sebab terkoyak kecil- maybe sebab berus yg digunakan sedikit kasar.

 Lepas 2 minggu bersalin- 1 sesi pd waktu pagi dh boleh dapat 8oz lebih. Awal-awal lepas bersalin memang susu tak terus mencurah-curah, masa tu klu pam pun dt 2oz sebab kuantiti susu kita ikut keerluan bayi. erut bayi masa lahir pun kecil dan hari pertama tu yang penting adalah kolestrum dr susu ibu.

Waktu berpantang ni najah pam sekali je utk elakkan over supply, itupun sebab bangun pagi dan rasa sakit hampir bengkak- baby masih lena tidur jd najah pun cepat-cepat pam untuk elakkan bengkak semakin teruk.

Anak ke 3 pula najah hanya pam beberapa hari terawal untuk memudahkan husband bawa anak pergi klinik dan najah tak ikut. Selepas itu hanya direct bf sbb dah tak masuk ofis macam dulu dan untuk elakkan over supply, yang penting jaga makan iaitu makanan yang berkhasiat elakkan makan minum yg boleh buat susu drop dan selalu menyusukan baby, insyaAllah boleh bf sampai umur anak 2 tahun.


PEMAKANAN DAN PENYUSUAN

Antara makanan yang ibu boleh elak dan kurangkan agar proses menyusu berjalan lancar:

  • Makanan terlampau pedas.
  • Fast food.
  • Minuman bergas.
  • Minuman berkafein
Makanan yang menggalakkan susu sangat banyak, termasuk makanan harian kita seperti nasi dengan lauk ikan, seafood, sayuran, cheese, buah pisang, bijirin, oat kurma dan banyak lagi. Bila susu drop najah akan semak balik, rata-rata sebab najah ambil kafein sebelum tu sebab penggemar coffee (najah buat coffee guna madu dan susu fresh milk) atau najah kurang makan. Bila pam susu tp yang keluar tak meriah, rupanya memang masa pam susu tu kita fikir macam-macam dan agak stress, so ubah balik dengan tenangkan fikiran.


POSISI MENYUSU YANG BETUL

Sebelum pergi kelas penyusuan, asalkan anak menyusu dah ok tanpa betulkan badan baby mengikut posisi yang betul- kurang cakna mungkin.

Sebelum kelas dimulai, coach suruh kami berdiri tegak dan pusingkan kepala ketepi sambil telan air. Coach tanya apa yg kita rasa dan jawapannya "perit", tryla dekat rumah nanti. Macam tulah keadaan baby kita menyusu bila kita tak endah posisi badan dia, sian baby menyusu dengan rasa perit. Nasib baik ilmu tu najah tau dari anak pertama.

Apa pun jenis teknik penyusuan, pastikan posisi bayi betul iaitu selari. Bila menyusu sambil baring najah selalu letakkan bantal dibelakang badannya agar ianya kekal mengiring dan tidak terlentang semula.



ANAK MENOLAK UNTUK DIRECT FEED(DF)

Kisah ni berlaku masa anak pertama, masa tu najah masih bekerja di Radiance signature dan bawa baby pergi office dan ada pengasuh yang menjaga sementara najah buat kerja dan meeting. Sebelum berlakunya situasi yang anak taknak menyusu secara df ni, najah perasan yang pengasuh beberapa kali beritahu najah yang aliran susu agak laju. Pelik juga sebab beli puting susu memang untuk newborn, beberapa kali sesi membeli puting susu baru baru najah sedar kesilapan sebenar berlaku bila najah guna berus untuk membasuh puting botol- cousin sarankan pakai jenis span yang tak tajam untuk mengelakkan lubang puting menjadi besar.

Pagi hari kejadian tu berjalan seperti biasa sampailah waktu petang, habisnya office hour dan nak menyusukannya sebelum balik dr office tp tiba-tiba dia enggan df tp tak menolak bila diberikan susu dlm botol. Ianya berlanjutan sehingga seminggu dan dalam tempoh seminggu tu memang sangat mencabar, najah ada beli ebook, coach penyusuan tanya samada najah ada bertukar krim mandi, minyak wangi etc tp jawapannya "tidak" semuanya masih sama.

So seminggu tu memang kerja kita mengepam saja sebab raysha hanya nak guna botol susu. Selepas beberapa kali ikhtiar dengan sesi "skin to skin" alhamdulillah raysha nak balik menyusu dengan mommy. Syukurnya Tuhan saja yg tahu.



PENYUSUAN DI BULAN RAMADHAN

Bagi ibu-ibu yang sihat dan nak berpuasa, penting sangat bersahur dan ambil makanan berat contoh nasi yang berlauk untuk kekalkan stamina dan dapat menyusukan anak sampai waktu berbuka.

Selain itu, banyakkan minum air masak sepanjang waktu berbuka dan bersahur dan mesti ambil kurma minima 3 biji. Pernah cuba berbuka dengan makanan ala kadar tapi hasilnya memang akan mengganggu penyusuan, jadi yg terbaik najah akan ambil nasi berlauk utk waktu berbuka dan bersahur.

Alhamdulillah bila buat jadual pemakanan mcm tu, Najah pun ada extra tenaga utk melayan kakak-kakak buat aktiviti outdoor sekejap disiang hari Ramadhan.


Moga dengan sedikit perkongsian ni dapat membantu ibu-ibu menyusukan anak sehingga sempurna usia mereka 2 tahun. InsyaAllah















Imam Hasan Al-Basri
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"