Thursday, November 7, 2019

HOMEMADE CHICKEN BALLS

Chicken balls ni boleh makan macam tu je atau dimakan bersama dengan roti- buat sandwich.

Homemade chicken balls ni takdela leceh mana nak buat, Najah buat menu sarapan pagi tadi dan malam sebelumnya dah siap siap rebus kentang dulu supaya jimat masa dipagi hari, heeee...

Pagi tadi blend 1 dada ayam je, alhamdulillah cukup cuma maybe next time boleh lebihkan 1/2 ke atau guna 2 dada ayam terus so boleh juga simpan utk next time kan.



BAHAN-BAHAN

Kisar 1 dada ayam.
Rebus 2 biji kentang dan lenyekkan.
Potong dadu 1/3 lobak merah.
Garam 2 sudu kecil.
1 sudu kecil lada sulah.
1 sudu kecil lada hitam.
100 gram tepung ferubi. (boleh guna tepung ubi)
2 ulas bawang putih.



CARA-CARA

1) Najah kisar ayam dengan bawang putih 2 ulas.
2) Gaul bahan basah dulu bagi sebati ( ayam bersama kentang yang dah dilecek,lobak merah, garam, lada sulah, lada hitam).
3) Gaul bahan basah tadi bersama tepung ferubi bagi sekata dan bulatkan macam ball sementara tunggu minyak dalam kuali panas.
4) Goreng dengan suhu sederhana agar chicken ball masak sempurna.


Mungkin ada yang suka tekstur macam nugget, bolehla gaul dengan telur dan salut breadcrumbs, tapi tekak najah pagi tadi rasa nak yang plain mcm ni je. So lain kali kita try letak breadcrumbs pulak ye...


Letak lidi ni nak bg anak lebih fun je masa makan, tapi kita kena hati-hati juga- perhatikan anak masa makan dengan lidi ni.

*Suka homemade sebab bila kita buat sendiri rasa elok sikit-tak terlalu masin, boleh elakkan pengawet dan bahan-bahan lain yang kurang elok - be more creative dengan tambah sayur-sayuran lain. Bukan bagus untuk anak je, bagus untuk kita juga.

SEMOGA BERMANFAAT.




No comments:

Post a Comment

-Terima Kasih-



Imam Hasan Al-Basri
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"