Sunday, November 17, 2019

Mudahnya buat sendiri sos untuk Spagethi Bolognese (homemade sauce)

 Anak-anak lebih suka makan spagethi bolognese berbanding spagethi carbonara.

Najah dulu guna juga yang dalam tin, tapi lepas tambah ilmu jadi lebih cakna tentang isu kesihatan dan jadi ibu ni memang kita kalau boleh nak berikan yg terbaik untuk anak-anak, sejak dari tu najah try buat banyak resepi homemade. Alhamdulillah husband pun siap cakap mommy punya spagethi lagi sedap (bila makan menu spagethi dekat luar)- kembang la hidung mommy, hehe..

SPAGETHI BOLOGNESE

Bahan:

  • 2 biji bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 biji lada merah.
  • 1/2 biji tomato.
  • Spagethi - Rebus bersama sedikit minyak supaya tak bergumpal. (guna secekak- hidangan untuk dua orang).
  • Boleh tambah carrot* sebesar ibu jari.
  • Chicken balls - Boleh rujuk sini untuk resepi Chicken Balls Homemade.
  • Mixed herbs.


 boleh tambah carrot, masa ni masak bekal untuk suami sekali jadi terlupa masukkan. Carrot tu selalu najah masukkan adalah sebesar ibu jari- blend sekali. Senang & simple sangat bahannya kan?

Cara Penyediaan:
1) Kisar bersama bawang merah, bawang putih, tomato dan lada merah.
2) Tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak.
3) Boleh sediakan chicken balls dan masukkan sedikit ayam kisar ( 1 Sudu ) sebagai perasa semula jadi. Boleh juga digantikan dengan stok ayam.
4) Bila dah naik bau, boleh tambah kan 1/2 cawan air dan masukkan chicken balls.
5) Biarkan sehingga mendidih dan dan siap untuk dihidang.

Anak lebih suka chicken balls, jd masa blend ayam utk buat chicken balls tu najah ambil sikit daging ayam yang dh hancur untuk dimasukkan kedalam kuah spagethi ni-buat perasa semulajadi.



Masa nak hidang tu baru najah taburkan sikit mixed herbs.



first round makan sendiri, masa pukul 10 pagi lepas main dekat luar-dh penat, mommy suapkan lagi utk dua-dua, kakak & khadeeja.

Try la buat, insyaAllah bila kita dh biasa kawal pengambilan garam gula ni- lidah kita sendiri automatik akan rasa tak best / kurang sedap utk makan makanan berproses tau. Lebih sihat untuk kita dan anak-anak sebab tanpa pengawet, kandungan garam terkawal, lebih fresh dan lagi best boleh tambah bahan ikut citarasa kita sendiri- contohnya tambah carrot.

Semoga perkongsian ni bermanfaat.




No comments:

Post a Comment

-Terima Kasih-



Imam Hasan Al-Basri
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"