Tuesday, November 12, 2019

TRIP FAMILY BESAR KE JEJU ISLAND, KOREA (PART 1)

Assalamualaikum.
Trip kali ni yang najah nak share ialah trip family ke Pulau Jeju, Korea.
Jika sebelum ni memang lebih suka rancang trip sendiri sebab lebih bebas masa dan jimat, kalini kami sekeluarga pergi bersama Jeju Muslim travel disebabkan kekangan waktu dan beberapa hal lain yang berkaitan pengangkutan etc. So far best juga, cuma tu la perjalanan jadi lebih berjadual dan terikat. Jeju island memang cantik, sesuai la bg mereka yg sukakan nature- tengok alam ciptaan Tuhan ni.

Sebelum subuh dah sampai airport, lepas check-in, sempat alas perut dulu dan solat subuh sebelum bertolak.


Antara aktiviti dalam flight. Najah prepare siap-siap mainan baru supaya anak-anak lebih teruja gitu. Khadeeja tu dpt main brg skincare mommy/makeup yg dh habis pun boleh, sebab dia suka explore dengan cara buka-tutup botol.

Perjalanan yg makan masa 7 jam, campur perbezaan masa lagi memang masa kiteorang sampai tunggu Raihana( Jeju Muslim Travel) check in hotel semua memang hampir pukul 6 petang. Jadi, day 1 kami pi makan malam - jalan kaki je sebab dekat dengan hotel, lepas tu jalan jalan area berdekatan.







DAY 2

Hari kedua ni cuaca agak berkabus sikit, destinasi pertama ialah Seogwipo. Dekat seogwipo ni dapat tengok Jusangjeolli Cliff shj sbb tempat lain air laut naik dan tak boleh masuk.

transport kami dekat sana- Hyundai Starex., dipandu oleh Raihana (travel guide dr Jeju Muslim Travel) Alhamdulillah selesa utk family besar 8 dewasa dan 2 kanak-kanak. Nampak kan sangat berkabus...



cliff ni memang cantik 



dekat sini juga ada aunty aunty yg jual limau, boleh try sotong dyeorng. Najah tak makan la, husband ada try- boleh tengok dekat video atas ni.


Next destination ialah Cheonjeyeon Waterfall. Dekat sini memang agak tough sikit, org yg ada asthma macam najah ni memang tak boleh sampai sebab tak larat - rasa oksigen macam tak cukup je dan susah nak bernafas sebab banyak anak tangga nak kena daki, kus semangat....hehe

 dekat area sini je sis mampu...



Nak sampai sini memang banyak tangga kena daki. Bertabahla ye...gigih daddy angkut kakak sekali.

“Seonimgyo Bridge” ni bersebelahan je dengan tempat waterfall tadi. Jadinya jalan kaki sikit je dah sampai.


Kami singgah banana milk cafe sekejap, sambil tunggu turn ahli keluarga yg lain untuk solat. Masa ni kami solat dekat bilik kecil, bilik tu disediakan untuk orang awam berlindung ketika berlakunya angin kuat dan masa hari/waktu normal ni bilik tu memang kosong la tak digunakan.


Perjalanan diteruskan menuju ke ladang buah oren dan sebelum tu singgah lunch sekejap. Menu lunch harini ikan bakar...hehe.

Alhamdulillah tekak mommy najah boleh la telan semua menu masa dekat jeju ni, ada juga ahli keluarga yg tak boleh nak telan. Last last menghirup maggi juga dekat bilik hotel...huhu




buah limau yang dikeringkan. Dekat sini ada juga kedai kalau tourist nak beli makanan yg dyeorng jual- asasnya dr buah limau la.

Jalan-jalan dalam ladang, best betul sebab buah limau tengah lebat - banyak berbuah kan. Lepas ni nak pergi innisfree house dengan ladang green tea ( bersebelahan je).






Dalam perjalanan tu ternampak pula ladang bunga canola cecantik, apa lagi minta Rihana berhenti sekejap, minta izin aunty punya ladang untuk bergambar kenangan. Masa Najah pergi ni masih musim winter tapi dah nak sampai penghujung, sebab tu dapatla juga merasa tengok bunga cantik-cantik ni.

 Rihana cari parking, kami jalan kaki ke innisfree house, gambar dkt dalam innisfree house takde pula tapi dalam video ada terselit sikit. Siapa yg guna innisfree, bolehla borong bebanyak produk tu dekat sini, sis yang tak pakai pun tumpang rambang mata je...hehe.


Ladang green tea ni memang bertentangan je dengan innisfreehouse. Luas juga lebih kurang mcm cameron highland tempat kita.

Perjalanan balik masih berkabus, nasib baik Rihana dah biasa bawa dalam cuaca macam tu. Tak boleh bayangkan kalau kena drive sendiri, syukur semuanya memang Allah atur cantik. Ada sebab la kalini travel dengan Jeju Muslim Travel.

Yang Najah perasan, dalam mangkuk kecil ni macam hidangan wajib dekat sini. Siang tadi masa makan ikan bakar pun ada menu ni juga. Menu ni mampu tengok je la tak berani nak makan takut tak kena dengan tekak.

Tempat makan ni dh dekat dengan area hotel kami tinggal, siap ada menu nasi goreng tu. Nampak simple tapi sedap. Alhamdulillah.

Selesai sudah hari kedua, balik berehat kumpul tenaga untuk hari besok pula. Bersambung next post ye sebab macam dah panjang sangat je ni...hehe.


No comments:

Post a Comment

-Terima Kasih-



Imam Hasan Al-Basri
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"